Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Derma lebih sejuta dolar diterima bagi kelanjutan sektor warisan S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Derma berjumlah lebih sejuta dolar diterima dalam bentuk wang tunai dan artifak bagi kelanjutan sektor warisan di negara ini dalam tahun lalu.

Jumlah itu separuh daripada yang diterima dalam tahun 2020.

Tiga puluh satu orang dan pertubuhan yang memberikan sumbangan itu diberi penghargaan dalam Majlis Anugerah Penaung Warisan anjuran Lembaga Warisan Negara (NHB) pada Selasa (16 Ogos).

Berucap di majlis tersebut, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Edwin Tong akur 2021 adalah tahun yang sukar bagi setiap orang.

Namun menurut beliau sumbangan dari mereka telah membantu membangkitkan semangat ketika sumber inspirasi amat diperlukan.
Sumber : CNA/MA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan