Skip to main content

Singapura

Derma Baucar Teroka Semula S'pura kepada pekerja hijrahan, golongan memerlukan kian meningkat jelang 31 Dis

Sebilangan kumpulan kebajikan di sini menyaksikan semakin banyak sumbangan daripada rakyat Singapura bagi membolehkan para pekerja hijrahan dan golongan memerlukan menggunakan baucar tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Derma Baucar Teroka Semula S'pura kepada pekerja hijrahan, golongan memerlukan kian meningkat jelang 31 Dis

110 pekerja hijrahan dibawa ke Universal Studios Singapore pada 25 Disember lalu. (Gambar: Alliance of Guest Workers Outreach)

SINGAPURA: Dengan tarikh akhir Jumaat (31 Dis) semakin dekat untuk rakyat Singapura menempah Baucar Teroka Semula Singapura, sebilangan kumpulan kebajikan di sini menyaksikan semakin banyak sumbangan daripada rakyat Singapura bagi membolehkan para pekerja hijrahan dan golongan memerlukan menggunakan baucar tersebut.

Pada bulan lalu, pemerintah melanjutkan tempoh sah bagi baucar itu dari hujung bulan ini kepada 31 Mac, sekiranya baucar itu ditebus dengan membuat tempahan sebelum 31 Disember.

Setakat sehingga 1 Disember, sekitar 1.4 juta rakyat Singapura sudah menggunakan baucar mereka sekurang-kurangnya sekali. Ini kurang separuh daripada bilangan penduduk dewasa Singapura.

Sebilangan kumpulan kebajkan dan pengendali pelancongan memberitahu Mediacorp bahawa mereka menyaksikan lebih ramai rakyat Singapura tampil sejak beberapa minggu lalu untuk mendermakan baucar mereka yang tidak terpakai untuk tujuan baik sebelum tarikh tamat tempoh.

Agensi pelancongan Xperience DMC menyatakan pihaknya menyaksikan lebih seganda jumlah baucar didermakan bulan ini sejak ia mula mengumpul derma itu pada 5 November.

Pada bulan lalu, pihaknya mengumpul baucar bernilai S$55,930 daripada orang ramai. Namun bermula 1 hingga 27 Disember, pihaknya mengumpul $126,450, menurut pengarah agensinya, Cik Jane Goh.

Derma itu digunakan bagi menyerap kos jelajah berpandu di lokasi-lokasi wisata tempatan bagi belia berisiko dan warga emas Life Centre serta pekerja hijrahan di bawah Alliance of Guest Workers Outreach (AGWO), iaitu gerakan tempatan bagi membantu pekerja hijrahan.

Bulan ini, 110 pekerja dibawa ke Universal Studios Singapore pada 25 Disember dan lagi 95 pekerja dibawa ke Taman Haiwan Singapura pada 26 Disember, dengan lebih banyak lawatan dirancangkan bagi para pekerja hijrahan antara Januari dengan Mac tahun depan, kata Cik Goh.

Perusahaan sosial Corporate Alliance For Good (CAfor Good) turut menyaksikan peningkatan pada jumlah derma sejak lewat bulan November, kata pengerusinya Png Bee Gin.
 

Sumber : Today/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita