Dera pembantu Myanmar hingga mati: Pegawai polis dipenjara 10 tahun kerana subahat dengan isteri dan hapuskan bukti
Anggaran Waktu Membaca:
Kevin Chelvam tiba di Mahkamah Negara pada 17 Jul 2025. (Gambar: CNA/Ili Mansor)
SINGAPURA: Seorang pegawai polis dijatuhi hukuman penjara 10 tahun pada Khamis (17 Jul) atas pelibatannya dalam kes penderaan seorang pembantu rumah dari Myanmar oleh bekas isteri dan bekas ibu mertuanya.
Staf Sarjan Kevin Chelvam, yang digantung daripada tugasnya dalam Pasukan Polis Singapura, sebelum ini disabitkan kesalahan dalam perbicaraan kes melibatkan Cik Piang Ngaih Don, yang meninggal dunia pada 26 Julai 2016 selepas didera secara fizikal selama beberapa bulan.
Mangsa, yang berusia 24 tahun, meninggal dunia akibat kecederaan otak serta kecederaan serius pada lehernya akibat dipukul benda tumpul. Berat badan Cik Piang hanya sekitar 24kg semasa dia meninggal dunia.
Chelvam, 46 tahun, disabitkan dengan empat pertuduhan.
Dia didapati bersalah atas satu tuduhan mencederakan mangsa dengan menarik rambutnya dan mengangkatnya dari lantai serta satu tuduhan membantu isterinya ketika itu, Gaiyathiri Murugayan, untuk menyebabkan kecederaan parah terhadap Cik Piang dengan membiarkan mangsa kebuluran.
Dia juga didapati bersalah memberi maklumat palsu kepada pegawai polis yang mengendalikan kes itu, dan satu lagi tuduhan melupuskan bahan bukti dengan menanggalkan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di flatnya.
Pihak pendakwaan menggesa Hakim Daerah Teoh Ai Lin menjatuhi hukuman penjara antara 11 hingga 12 tahun ke atas Chelvam, dengan mengatakan bahawa ini akan mencerminkan kesengsaraan yang dialami Cik Piang dan "kemarahan yang dirasai oleh masyarakat".
Hakim Teoh berkata bahawa Chelvam tahu pembantu rumah itu tidak diberi makan secukupnya dalam tempoh 35 hari sebelum kematiannya. "Dia mempunyai masa dan peluang untuk menghentikan penderaan itu tetapi dia tidak melakukannya," kata beliau.
"Dia adalah majikannya yang sah, yang seharusnya memastikan persekitaran kerja yang selamat untuknya, dan sepatutnya menghentikan penderaan itu," tambahnya lagi.
Mengenai tindakan Chelvam menghapuskan bahan bukti, hakim berkata: "Sekiranya tiada rakaman CCTV, Don mungkin terkubur bersama apa yang beliau alami pada hari-hari terakhir kehidupannya yang amat memilukan."
Chelvam dibenarkan mula menjalani hukuman dalam tempoh dua minggu selepas ikat jaminnya dinaikkan. Dia telah meminta untuk meluangkan masa bersama anak-anaknya.
Atas permintaan pihak pendakwaan, dia dilepaskan daripada tuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap Cik Piang dengan memukul bahunya dengan mainan berbentuk pemukul.
Bekas isteri Chelvam, Gaiyathiri dan ibunya, Prema S Naraynasamy, masing-masing sedang menjalani hukuman penjara 30 tahun dan 17 tahun bagi peranan mereka dalam kes itu.

Sumber : CNA/KH/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.