Deposit S$100 bagi tempahan gelanggang futsal di Choa Chu Kang galak pengguna 'bertanggungjawab'
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Facebook/Zhulkarnain Abdul Rahim
SINGAPURA: Deposit berjumlah S$100 untuk menempah gelanggang futsal di Chua Chu Kang adalah untuk menggalak pengguna bersikap "bertanggungjawab" serta penggunaan betul prasarana tersebut.
Demikian menurut majlis bandaran Chua Chu Kang setelah kos deposit itu dipantau dengan teliti.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, Majlis Bandaran Chua Chu Kang menyatakan bahawa gelanggang futsal di The Arena @ Keat Hong mempunyai rumput tiruan yang memerlukan banyak kerja penyenggaraan, serta "dinding interaktif bagi tujuan perlawanan" yang menelan kos tinggi sekiranya perlu digantikan.
"Yuran tempahan serta deposit yang boleh dikembalikan itu adalah untuk menggalakkan sikap bertanggungjawab daripada pihak pengguna dan memastikan penggunaan yang betul di gelanggang itu," menurut majlis bandaran tersebut pada Selasa (27 Jun), sambil menambah bahawa semua deposit setakat ini sudah dikembalikan sepenuhnya.
Yuran bagi tempahan pada hari biasa, iaitu waktu bukan sibuk antara pukul 9.00 pagi hingga 7.00 malam adalah S$30 sejam, manakala harga pada waktu sibuk adalah S$50 sejam.
Majlis bandaran tersebut menambah harga yang dikenakan berkemungkinan yang paling rendah atau antara kadar paling rendah di Singapura bagi tujuan penggunaan sebuah gelanggang dengan rumput tiruan.
Sementara itu, prasarana sukan lain di Arena itu, seperti gelanggang pelbagai guna badminton, bola keranjang dan bola tampar, disediakan percuma untuk digunakan dan tidak memerlukan sebarang tempahan.
Malah, terdapat kenaikan dalam jumlah tempahan secara berkala sejak gelanggang futsal tersebut dibuka setahun lalu.
Mulai 1 Julai, para penduduk boleh menempah gelanggang futsal secara percuma pada setiap Ahad dari pukul 9.00 pagi sehingga 3.00 petang.
Anggota Parlimen bagi kawasan tersebut Zhulkarnain Abdul Rahim turut mengumumkan minggu lalu bahawa tempahan percuma tersebut adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.