Deposit 10 sen minuman: Panduan lebih jelas bagi kedai makan; tambah caj di kaunter pasar raya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Premis makanan dan minuman (F&B) sudah diberikan garis panduan yang lebih jelas tentang cara mengendalikan deposit S$0.10 bagi minuman, menjelang pelancaran Skim Pemulangan Bekas Minuman (BCRS) pada 1 April.
Di bawah garis panduan tersebut, pengusaha boleh memilih salah satu daripada dua pendekatan.
Restoran dan kedai makan yang mengumpul semula bekas minuman yang diminum di premisnya boleh memilih untuk tidak mengenakan deposit langsung kepada pelanggan.
Premis yang mengenakan deposit pula perlu membenarkan pelanggan membawa pulang bekas tersebut dan tuntut bayaran balik apabila mereka memulangkannya nanti.
Bagi pasar raya, pengusaha besar sudah bersetuju untuk memaparkan harga minuman di rak tanpa deposit, dan caj tersebut akan dipaparkan secara berasingan semasa membuat pembayaran di kaunter.
Pihak berkuasa akan bekerjasama dengan peruncit kecil yang mungkin menggunakan pendekatan harga berbeza bagi memastikan ketelusan harga untuk pengguna.
Kemas kini ini diumumkan oleh Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran, Janil Puthucheary pada Selasa (3 Mac).
Di bawah BCRS, pengguna perlu membayar deposit 10 sen yang boleh dituntut semula apabila membeli minuman dalam botol plastik atau tin bersaiz 150 mililiter (ml) hingga 3 liter.
Bekas yang layak akan mempunyai tanda deposit BCRS, bagi memudahkan pengguna mengenali minuman yang dikenakan caj tersebut.

Bermula 1 April, bekas yang mempunyai tanda tersebut boleh dipulangkan di lebih 1,000 mesin untuk kitar semula bekas minuman di seluruh Singapura.
Bilangan tempat pemulangan akan digandakan dalam tempoh setahun yang pertama.
Tin tanpa tanda deposit tidak boleh dipulangkan melalui mesin ini.
Bayaran balik akan disalurkan ke kad EZ-Link, kad konsesi, atau dompet digital DBS PayLah!.
Dr Puthucheary berkata skim itu, yang dinamakan "Return Right", dijangka dapat mengumpul 16,000 tan bahan untuk dikitar semula setiap tahun.
Beliau berharap rakyat Singapura akan lebih peka terhadap pembungkusan yang mereka gunakan dan mengamalkan tabiat kitar semula yang baik.
Kira-kira 800 syarikat sudah mendaftar untuk skim ini, merangkumi lebih 95 peratus daripada jumlah pasaran, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
Pengeluar dan peruncit diberi tempoh peralihan selama enam bulan - 1 April hingga 30 September - untuk menghabiskan bekalan sedia ada yang tidak mempunyai tanda deposit.
SKIM 'RETURN RIGHT'
Premis makanan yang memilih untuk tidak mengenakan deposit kepada pelanggan boleh menyertai skim F&B 'Return Right'.
Premis ini boleh sama ada menghidangkan minuman dalam cawan, atau dalam bekas asal dengan pemahaman bahawa pelanggan akan meninggalkan bekas tersebut setelah selesai minum.
Premis yang mengambil bahagian akan diberikan pelekat khas untuk memudahkan pelanggan mengenali mereka.

NEA juga akan memberikan bantuan bayaran sekali saja sebanyak S$500 bagi setiap kedai makan yang memohon.
Bagi premis F&B yang tidak menyertai skim ini, mereka perlu mengenakan deposit 10 sen.
NEA menyatakan pilihan ini mungkin lebih sesuai untuk pusat penjaja dan kopitiam, di mana usaha mengumpul semula bekas daripada pelanggan mungkin lebih mencabar.
Dr Puthucheary berkata kebanyakan kedai kopi di blok HDB akan berada dalam jarak lima minit berjalan kaki dari mesin bagi memulangkan bekas minuman itu.
Bagi pusat penjaja pula, mesin tersebut akan diletakkan di dalam premis atau dalam jarak yang dekat.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.