Skip to main content

Singapura

Depoh Bersepadu East Coast sudah mula beroperasi sejak Dis 2025

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Mar 2026 07:56PM Dikemas Kini : 20 Mar 2026 09:48PM
SINGAPURA: Sebuah sistem depoh baharu yang akan meningkatkan keandalan MRT, kini sudah mantap sepenuhnya setelah tiga bulan mengendalikan Laluan Timur -Barat.

Depoh empat dalam satu itu akan meningkatkan keandalan, serta memberi pengendali kereta api lebih banyak fleksibiliti untuk menyesuaikan corak perkhidmatan.

SMRT menyatakan, tiada khidmat kereta api akan disediakan di Laluan Timur-Barat antara stesen Tanah Merah dan Expo dari 14 hingga 17 Mac.

Ini bagi memudahkan kerja-kerja memisahkan landasan dari Depoh Changi lama.

Depoh Bersepadu East Coast (ECID) yang baharu kini boleh menampung sehingga 76 kereta api.

Ini lebih seganda kapasiti Depoh Changi.

Depoh itu merupakan kemudahan pengankutan "empat dalam satu" yang pertama di dunia, menampilkan landasan bagi tiga laluan yang disusun secara bertingkat.

Laluan Timur-Barat ditempatkan di tingkat paling atas, diikuti Laluan Thomson-East Coast, dan kemudian Laluan Downtown.

Ia turut disepadukan dengan sebuah depoh bas.

Para pekerja berkata susun atur baharu itu lebih membantu mereka.

Menurut LTA, usaha itu dapat menjimatkan sekitar 44 hektar tanah bagi Singapura yang mempunyai ruang tanah terhad.

Ia bersamaan dengan keluasan 60 padang bola sepak.

Seramai 230 kakitangan kini ditugaskan bagi mengandalikan Laluan Timur-Barat.

Pengurus Projek Kerja Landasan LTA Edmund Teo berkata: "Sepanjang tempoh kerja-kerja dilakukan, tiada perkhidmatan kereta api antara stesen Tanah Merah dan Expo akan disediakan.

"Kami juga sudah merancang supaya kerja-kerja dapat disiapkan secepat mungkin tanpa menjejaskan keselamatan."
Sumber : CNA/QA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita