Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Depoh Bersepadu East Coast dengan 3 depoh MRT dan 1 depoh bas dijangka siap jelang 2026

Anggaran Waktu Membaca:
Depoh Bersepadu East Coast dengan 3 depoh MRT dan 1 depoh bas dijangka siap jelang 2026

(Gambar: CNA/Wallace Woon)

Diterbitkan : 29 Nov 2024 07:34PM Dikemas Kini : 29 Nov 2024 07:47PM
SINGAPURA: Pembinaan depoh bersepadu 'empat dalam satu' di negara ini, iaitu yang pertama seumpamanya di dunia, dijangka selesai menjelang 2026.

Kerja-kerja strukturnya kini sudah 98 peratus siap.

Depoh Bersepadu East Coast itu akan menempatkan tiga depoh MRT dan sebuah depoh bas.

Ia akan menggantikan Depoh Changi, yang akan berhenti beroperasi pada 2026.

Langkah penyepaduan sedemikian akan menjimatkan ruang tanah dengan sebanyak 44 hektar, atau bersamaan dengan keluasan sekitar 60 padang bola sepak.

Depoh baharu itu juga boleh menampung sehingga 220 kereta api dan sekitar 700 buah bas.

Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri mesra alam termasuk bumbung-bumbung hijau yang mampu menghapuskan 84 tan karbon dioksida setiap tahun.

Panel-panel ventilasi pula membantu peredaran udara dan mempunyai pencahayaan semula jadi.

Bagi mempermudah sambungan landasan pula, khidmat MRT tidak akan lalu antara Stesen Tanah Merah dengan Stesen Tampines dari 7 hingga 10 Disember ini.
 
Sumber : CNA/DY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan