Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DENV-3 jenis denggi paling dominan di S'pura, dikesan di 2 kelompok besar

147 kes denggi dilaporkan minggu lalu iaitu 42 atau 40 peratus lebih banyak berbanding minggu sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jan 2022 09:10PM Dikemas Kini : 20 Jan 2022 09:37PM

SINGAPURA: 147 kes denggi dilaporkan minggu lalu iaitu 42 atau 40 peratus lebih banyak berbanding minggu sebelumnya.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan setakat Isnin lalu (17 Jan) terdapat 24 kelompok denggi aktif di mana tiga daripadanya adalah kelompok yang besar dengan 10 atau lebih kes.

Tempat-tempat ini adalah di Cleantech Loop, Jalan Bangau dan Dunearn Road.

Menurut NEA, dua daripada tiga kelompok besar itu mempunyai denggi jenis DENV-3, iaitu yang paling dominan.

Denggi jenis DENV-3 bukanlah yang paling dominan sepanjang tempoh tiga dekad lalu.

Menurut NEA, keadaan itu menyebabkan imuniti penduduk terhadap DENV-3 agak rendah.

NEA menasihati semua penduduk dan rakan berkepentingan supaya memainkan peranan bagi mencegah pembiakan nyamuk.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan