Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Denda sehingga S$5,000 jika langgar larangan PMD di kolong blok

Para individu yang melanggar larangan alat mobiliti peribadi (PMD) di kolong blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan dikenakan denda sehingga S$5,000, menurut majlis-majlis bandaran Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Isnin (2 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Sep 2019 01:49PM Dikemas Kini : 02 Sep 2019 09:31PM

SINGAPURA: Para individu yang melanggar larangan alat mobiliti peribadi (PMD) di kolong blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan dikenakan denda sehingga S$5,000, menurut majlis-majlis bandaran Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Isnin (2 Sep).

Larangan itu, yang berkuat kuasa pada Ahad, melarang alat PMD seperti e-skuter dan papan selaju, serta basikal dan e-basikal di kolong blok dan ruang awam estet perumahan yang dikendalikan oleh 15 majlis bandaran PAP.

Bagaimanapun, ruang laluan awam di mana alat PMD dibenarkan di bawah Akta Mobiliti Peribadi dikecualikan daripada larangan tersebut. Selain itu, alat bantuan mobiliti peribadi seperti kerusi roda bermotor dan skuter mobiliti, turut dikecualikan.

Bagi membolehkan para pengguna PMD menyesuaikan diri dengan peraturan baru itu, tempoh nasihat selama dua bulan akan diperuntukkan, iaitu sehingga 31 Okt, menurut Dr Teo Ho Pin, yang merupakan pengerusi penyelaras bagi majlis bandaran PAP.

Semasa dua bulan itu, para pesalah akan diberikan surat amaran bagi kesalahan kali pertama. Selepas itu, majlis bandaran akan mengambil "tindakan lebih tegas", menurutnya.

"Majlis bandaran memandang serius terhadap keselamatan para penduduk kami dan pengguna PMD. Para pengguna PMD yang menunggang dengan berbahaya atau melanggar peraturan boleh dikenakan denda maksimum S$5,000 jika sabit kesalahan," kata Dr Teo.

Bagi mengenal pasti para penunggang yang tidak bertanggungjawab, majlis bandaran akan menggunakan 70,000 kamera polis dan kamera CCTV yang dipasang di kolong blok dan lif, menurutnya, sambil menambah bahawa poster-poster dalam empat bahasa akan ditampal di lif HDB untuk meningkatkan pengetahuan awam.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan