Denda lebih tinggi, mata demerit mulai 1 Jan 2026 bagi kesalahan langgar had kelajuan
Anggaran Waktu Membaca:

Pegawai Polis Trafik menjalankan penguatkuasaan terhadap pelanggaran had kelajuan di ekspreswe. (Gambar: SPF/Facebook)
SINGAPURA: Mulai tahun depan, para pemandu yang disaman kerana memandu melebihi had kelajuan yang ditetapkan akan berdepan denda lebih tinggi dan lebih banyak mata demerit, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam pada Sabtu (15 Feb).
Bercakap sempena Hari Keselamatan Jalan Raya Polis Trafik di Chong Pang, beliau berkata para pesalah akan terus didenda mengikut kadar semasa sehingga hujung tahun ini.
Bagaimanapun, mereka juga akan dimaklumkan bahawa hukuman lebih berat akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan 2026, tambah Encik Shanmugam.
Ini memberi orang ramai selama beberapa bulan untuk membiasakan diri dengan idea itu, dan diharapkan, ia akan mengubah tingkah laku mereka, kata Encik Shanmugam.
Butiran hukuman yang disemak semula akan diumumkan oleh Polis Trafik tidak lama lagi.
Langkah itu diumumkan selepas penguatkuasaan yang dipertingkatkan belum mencukupi untuk mencegah kesalahan memandu melebihi had kelajuan yang ditetapkan, katanya lagi.
"Pengguna jalan raya maut, atau cedera di jalan raya kita. Setiap kenderaan ibarat peluru berpandu di jalan raya. Ia berbahaya jika anda tidak menggunakannya dengan betul," tegas Encik Shanmugam.
"Kami membincangkan perkara ini, dan kami perlu melakukan lebih banyak lagi untuk mengubah tingkah laku atau membentuk tingkah laku."
Ini menjelaskan keputusan untuk menaikkan denda serta mata demerit, kata Encik Shanmugam.
Sejak 2020, terdapat peningkatan yang "sangat ketara" pada jumlah kemalangan jalan raya. Walaupun perangkaan itu kekal di bawah paras sebelum pandemik, "cara ia meningkat adalah sesuatu yang membimbangkan", kata Encik Shanmugam.
Pada 2024, sekitar 7,200 kemalangan jalan raya dilaporkan, mengakibatkan kira-kira 142 kematian. Jumlah kemalangan maut berkaitan memandu melebihi had kelajuan yang dibenarkan meningkat hampir 44 peratus dari 2023 kepada 46 kes.
Jumlah kesalahan memandu melebihi had kelajuan yang ditetapkan juga merupakan yang tertinggi dalam tempoh sedekad lalu iaitu 192,000 kes.
Polis Trafik telah meningkatkan penguatkuasaannya, termasuk mengaktifkan fungsi penguatkuasaan kelajuan pada kamera lampu trafik, tetapi peningkatan penguatkuasaan "belum mencukupi", kata Encik Shanmugam.
Penguatkuasaan hanyalah sebahagian daripadanya. Setiap orang - pemandu, pejalan kaki, atau pengayuh basikal - mempunyai peranan untuk dimainkan, kata Encik Shanmugam.
Beliau menekankan keperluan untuk membina budaya di mana keselamatan jalan raya menjadi keutamaan setiap pengguna, dengan pemandu terus fokus dan memandu dengan berhati-hati.
Polis akan terus meningkatkan penguatkuasaan termasuk sekatan jalan raya setiap hari di pelbagai lokasi, tambahnya lagi.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.