Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Denda lebih tinggi bagi kebocoran data di bawah pindaan PDPA

Parlimen hari ini (2 Nov) meluluskan pindaan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Nov 2020 10:12PM Dikemas Kini : 03 Nov 2020 12:53AM

SINGAPURA: Parlimen hari ini (2 Nov) meluluskan pindaan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).

Di bawah pindaan itu syarikat-syarikat akan dikenakan denda lebih tinggi berhubung kebocoran data.

Syarikat-syarikat dengan pendapatan tahunan melebihi S$10 juta boleh didenda sehingga 10 peratus daripada pendapatan tahunan masing-masing atau S$1 juta, mana lebih tinggi kerana kebocoran maklumat.

Pada masa lalu, jumlah dendanya tidak lebih S$1 juta.

Syarikat-syarikat juga perlu memberitahu pihak berkuasa dan mereka yang terjejas, jika data yang mengandungi maklumat sensitif seperti butir-butir kewangan atau sekiranya besar kemungkinan menjejas sekurang-kurangnya lebih 500 orang.

Selain itu para pengguna boleh meminta supaya salinan data mereka dihantar dari satu pertubuhan ke pertubuhan yang lain.

Ini bermakna, anda tidak perlu memasukkan semula data peribadi anda apabila bertukar daripada satu penyedia khidmat ke penyedia khidmat yang lain.

Pindaan kepada PDPA hangat dibahaskan di Parlimen oleh 13 AP.

Salah satu keprihatinan utama adalah kos tambahan yang perlu ditanggung pihak perniagaan dalam suasana ekonomi muram sekarang.

Bercakap kepada Mediacorp selepas sesi parlimen, Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran menekankan undang-undang baru itu diperlukan sejajar dengan penggunaan data yang sentiasa berubah-ubah.

Menurutnya, ia juga akan menguntungkan syarikat.

"Pada pandangan saya, pihak perniagaan harus sedar dan jangan melihatnya sebagai satu beban peraturan. Anggaplah ia sebagai satu pelaburan dalam keupayaandan daya saing perniagaan anda, kerana perniagaan yang mempunyai amalan tadbir urus data yang baik akan mendorong kepercayaan dalam kalangan pelanggan mereka,dan kemudian dapat menarik lebih banyak pelanggan lantas tingkatkan daya saing mereka," kata Encik Iswaran.

Syarikat-syarikat boleh didenda sehingga 10 daripada pendapatan tahunan masing-masing atau $1 juta, mana lebih tinggi kerana kebocoran maklumat.

Pada masa lalu, jumlah dendanya tidak lebih $1 juta.

Syarikat-syarikat juga perlu memberitahu pihak berkuasa dan mereka yang terjejas, jika data yang mengandungi maklumat sensitif seperti butir-butir kewangan atau sekiranya besar kemungkinan menjejas sekurang-kurangnya lebih 500 orang.

Selain itu para pengguna boleh meminta supaya salinan data mereka dihantar dari satu pertubuhan ke pertubuhan yang lain.

Ini bermakna, anda tidak perlu memasukkan semula data peribadi anda apabila bertukar daripada satu penyedia khidmat ke penyedia khidmat yang lain.

Pindaan kepada PDPA hangat dibahaskan di Parlimen oleh 13 AP.

Salah satu keprihatinan utama adalah kos tambahan yang perlu ditanggung pihak perniagaan dalam suasana ekonomi muram sekarang.

Sumber : CNA/SY/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan