Denda lebih berat, tambahan 6 mata demerit bagi kesalahan pandu laju mulai 1 Jan 2026
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pemandu akan berdepan hukuman lebih berat bagi kesalahan memandu dengan laju.
Ini menyusuli peningkatan pada kes kecederaan dan kemalangan maut di jalan raya.
Mulai 1 Januari tahun depan, denda bagi kesalahan itu akan dinaikkan sehingga S$150.
Pesalah juga akan dikenakan tambahan enam mata demerit.
Tahun lalu, jumlah kes kesalahan memandu dengan laju melonjak hampir 65 peratus dengan hampir 192,000 kes.
Jumlah kemalangan trafik juga naik, dengan 142 kes maut dicatatkan pada 2024, iaitu yang tertinggi dalam tempoh lima tahun lalu.
Ini mencerminkan peningkatan 71 peratus dalam kes kematian lalu lintas.
Sekitar 60 peratus kes kematian jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Ini merangkumi pelibatan tidak seimbang golongan itu dalam kemalangan.
Warga tua merangkumi 44 peratus daripada kes kematian pejalan kaki tahun lalu.
Ini walaupun bilangannya separuh lebih rendah berbanding 2023.
Kemalangan dan kes cedera melibatkan pejalan kaki warga tua^ turut menyaksikan kemerosotan.
Demi meningkatkan keselamatan, Polis Trafik akan menghidupkan fungsi penguatkuasaan kelajuan di lebih banyak kamera lampu merah di merata Singapura.
Ini khususnya di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi.
Trafik Polis juga akan memperhebat usaha penguatkuasaan bagi memastikan orang ramai mematuhi peraturan lalu lintas.
Komander Polis Trafik Daniel Tan berkata: "Saya ingin mengingatkan semua, setiap kali anda memandu kereta atau menunggang motosikal, anda sebenarnya ada potensi untuk menyebabkan kemalangan serius atau yang membawa maut."
Dalam pada itu, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam berkata keselamatan lalu lintas adalah suatu kebimbangan besar kerana kenderaan "ibarat peluru berpandu di jalan raya".
Dalam satu video yang dimuat naik ke Facebook, Encik Shanmugam berkata kenderaan boleh menyebabkan kemudaratan besar.
Maka itu, semua anggota masyarakat perlu belajar dan memupuk budaya keselamatan jalan raya kerana setiap nyawa itu berharga.
Beliau berharap dengan hukuman lebih berat dan langkah lebih ketat, ia akan mencegah berlakunya kemalangan serta mengurangkan kes kecederaan atau kematian di jalan raya.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.