Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Denda kewangan lebih tinggi bagi syarikat yang langgar perlindungan data peribadi

Langkah berpindah dari sebuah syarikat penyedia khidmat kepada yang lain, semasa memilih pelan telefon bimbit yang baru, akan lebih mudah pada masa depan. Ini jika pindaan kepada undang-undang perlindungan data Singapura diluluskan nanti.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Oct 2020 06:09PM Dikemas Kini : 06 Oct 2020 01:47PM

SINGAPURA: Langkah berpindah dari sebuah syarikat penyedia khidmat kepada yang lain, semasa memilih pelan telefon bimbit yang baru, akan lebih mudah pada masa depan.

Ini jika pindaan kepada undang-undang perlindungan data Singapura diluluskan nanti.

Pemerintah memperkenalkan syarat baru yang membolehkan para pengguna meminta salinan data mereka dihantar ke syarikat lain.

Ini bermakna anda tidak perlu memasukkan lagi data peribadi anda.

Perubahan lain termasuk meluaskan Akta Kawalan Spam untuk merangkumi juga akaun-akaun mesej segera seperti WhatsApp dan Facebook messenger.

Ini akan mengekang mesej-mesej spam komersil.

Hukuman lebih berat juga dijangkakan bagi pencabulan data dengan syarikat-syarikat mungkin didenda sehingga 10 peratus jumlah kasar jualan tahunan atau S$1 juta, jumlah mana yang lebih tinggi.

Sekarang syarikat-syarikat hanya boleh didenda sehingga S$1 juta dolar saja.

Mereka juga perlu memaklumkan pihak berkuasa dan individu yang terjejas jika kebocoran data sensitif mungkin menjejas lebih 500 orang.

Sumber : CNA/AA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan