Skip to main content

Singapura

Demokrasi tidak pincang, namun pemerintah mesti perbaiki kegagalan semasa sampaikan khidmat kepada rakyat

Anggaran Waktu Membaca:
Demokrasi tidak pincang, namun pemerintah mesti perbaiki kegagalan semasa sampaikan khidmat kepada rakyat
(Gambar: Tangkapan skrin video Mediacorp)
Diterbitkan : 23 Jan 2026 08:41PM Dikemas Kini : 23 Jan 2026 08:42PM
SINGAPURA: Menteri Undang-Undang Edwin Tong berkata demokrasi itu sendiri tidak pincang.

Namun, pemerintah mesti memperbaiki kegagalan semasa menyampaikan khidmat kepada rakyat.

Encik Tong merujuk kepada hakisan kepercayaan terhadap institusi di merata dunia, yang didorong oleh penyalahgunaan kuasa, kegagalan tadbir urus dan maklumat yang salah.

Berucap dalam panel mengenai demokrasi di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, Encik Tong berkata pemerintah harus mendampingi rakyat melangkaui pilihan raya
- melalui dialog dan menyertakan suara-suara muda - sesuatu yang Singapura berusaha lakukan.

Beliau berkata: "Akhirnya, keseimbangan dan tawar-menawar di Singapura adalah, jika pemerintah sedia ada tidak menunjukkan prestasi baik, jika ada kegagalan dalam penyampaian di lapangan, seperti yang saya sebutkan, maka proses itu mesti berakhir dalam pilihan raya, dan kita mesti mempunyai dan mesti menjaga dengan teliti pilihan raya yang bebas dan adil, kerana itulah proses yang saya percaya menjadikan sistem demokrasi terus dijalankan."

Encik Tong menambah bahawa demokrasi bukan tentang mengundi untuk setiap keputusan.

Apabila rakyat memilih sebuah pemerintah, katanya, mereka mempunyai keyakinan terhadapnya untuk membuat keputusan bagi memperkasa masyarakat, dan meningkatkan kehidupan.

Beliau juga menekankan bahawa tidak semua isu harus dibahagikan mengikut garis politik.

Menurut Encik Tong, Singapura mengambil pendekatan praktikal dan berorientasikan huraian - dan sebuah pemerintah yang bertanggungjawab mesti terbuka kepada idea dari pelbagai sumber.

"Mesti juga ada perbincangan tentang bagaimana, kerana dalam setiap keputusan, sentiasa ada pertukaran, dan dalam memahami cara untuk maju ke hadapan, kita mesti faham bahawa sentiasa akan ada pertukaran yang mungkin memberi kesan kepada penduduk lain.

"Jadi perbincangan itu, keterbukaan dengan maklumat, adalah proses yang sangat penting dalam keseluruhan sistem demokrasi," tambah Encik Tong.
Sumber : CNA/AA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita