Singapura eksklusif
‘Demi Bahasa’ sanjung sumbangan Allahyarham Cikgu Ariff kepada bahasa dan budaya Melayu

Kesemua 15 esei diterbitkan dalam e-buku ini. (Gambar: BERITA Mediacorp)
SINGAPURA: Tahun ini genap seabad usia kelahiran Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ariff atau juga melalui nama penanya yang terkenal, MAS (Muhammad Ariff Singapura).
Allahyarham antara anak Melayu yang paling banyak menerima anugerah atas sumbangannya kepada usaha melestari dan memartabatkan bahasa dan budaya Melayu.
Bagi memperingati bakti tidak ternilai Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad (1924-2016) kepada Singapura dan rumpun Melayu, BERITA Mediacorp menerbitkan kumpulan esei penolong dan anak didiknya, Mohd Raman Daud, untuk menyusuri laluan masa depan perkembangan bahasa dan budaya Melayu di Singapura.
Kesemua 15 esei dalam e-buku ini telah diterbitkan dalam ruangan Komentar laman BERITA Mediacorp sejak Mohd Raman Daud mengajukan sumbangannya dari awal 2018 sehingga kini.
Muat turun e-buku ini secara percuma menerusi pautan berikut:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.