Skip to main content

Singapura

Deliveroo akan henti bekerja dengan penghantar yang guna e-skuter di laluan pejalan kaki

Deliveroo akan berhenti bekerja dengan para penghantar makanan yang menggunakan e-skuter di laluan pejalan kaki, menurut syarikat itu pada Isnin (4 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Deliveroo akan henti bekerja dengan penghantar yang guna e-skuter di laluan pejalan kaki

Gambar fail e-skuter. (Gambar: ElectroWolf, Electric Scooters Singapore‎/ Facebook)

Diterbitkan : 05 Nov 2019 11:16AM Dikemas Kini : 05 Nov 2019 11:22AM

SINGAPURA: Deliveroo akan berhenti bekerja dengan para penghantar makanan yang menggunakan e-skuter di laluan pejalan kaki, menurut syarikat itu pada Isnin (4 Nov).

Langkah itu diambil menyusuli pengumuman Menteri Negara Kanan Pengangkutan Lam Pin Min di Parlimen bahawa penggunaan alat sedemikian akan diharamkan di laluan pejalan kaki mulai Selasa (5 Nov).

Dalam satu jawapan kepada pertanyaan Mediaccorp, jurucakap Deliveroo berkata bahawa firma itu bekerja rapat dengan semua penunggangnya untuk memastikan bahawa mereka mematuhi peraturan dan garis pandu keselamatan jalan raya.

"Kami sudah memberitahu semua penunggang hari ini (4 Nov) mengenai peraturan baru itu. Sekiranya sebarang penunggang didapati bersalah menunggang e-skuter di laluan pejalan kaki selepas 5 Nov, kami akan berhenti bekerja dengan mereka."

Deliveroo menyatakan bahawa pihaknya menjangkakan "kesan minimal" ke atas operasinya, sambil menekankan bahawa alat mobiliti peribadi dan e-basikal membentuk 5 peratus daripada seluruh pasukan penghantarannya seramai 6,000 penunggang.

Jurucakap itu juga menambah bahawa Deliveroo sudah berhenti mengambil para penunggang penghantaran PMD, akibat perubahan peraturan dan kebimbangan orang ramai.

Semasa berucap di Parlimen, Dr Lam menekankan bahawa pihak berkuasa menyedari bahawa keputusan mengharamkan e-skuter di laluan pejalan kaki boleh menjejas mata pencarian mereka seperti penghantar makanan yang menggunakan alat itu untuk tugas mereka.

Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa kurang 30 peratus daripada penunggang Deliveroo dan Foodpanda menggunakan e-skuter dan LTA akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat tersebut untuk membantu para penunggang mereka bertukar kepada motosikal atau basikal.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita