Deepavali sekali lagi disambut di tengah-tengah COVID-19; kuil laksanakan langkah jarak selamat
Masyarakat Hindu menyambut Deepavali hari ini (4 Nov), tahun kedua di tengah-tengah pandemik COVID-19.
SINGAPURA: Masyarakat Hindu menyambut Deepavali hari ini (4 Nov), tahun kedua di tengah-tengah pandemik COVID-19.
Namun, para penganut masih mencari peluang untuk ke kuil bagi memulakan hari 'Pesta Cahaya' kali ini.
Kuil di Tank Road misalnya mula dikunjungi sejak pagi tadi.
Para pengunjung yang datang juga perlu mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat seperti mendaftarkan diri menggunakan TraceTogether.
Prosesnya dilaporkan lancar kerana setiap pengunjung mematuhi syarat-syarat yang dikenakan.
Kuil di Marsiling pula dikunjungi sekitar 800 penganut Hindu siang tadi.
Ada juga kuil yang hanya membuka pintunya kepada mereka yang sudah divaksin sepenuhnya saja.
Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad juga hadir untuk melihat sendiri bagaimana para pekerja hijrahan turut menyambut Deepavali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.