Dedikasi dan komitmen relawan Team Nila diiktiraf; Wahidah Jalil & Nor Huzairee antara penerima anugerah 2026
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sejak 2022, Wahidah A Jalil, 68 tahun, telah menyumbangkan suara dan kepakarannya kepada Team Nila, menghidupkan suasana di pelbagai acara sukan dengan gaya penyampaian yang mesra dan berwibawa.
Baginya, penglibatan sebagai sukarelawan bukan sekadar mengisi masa lapang, tetapi menjadi wadah untuk memperkasa ilmu dalam bidang penyiaran di samping menyumbang kembali kepada masyarakat.
Sebagai pemaklum di acara sukan, Cik Wahidah melihat peranannya sebagai penghubung antara acara dan penonton—bukan sahaja untuk menyampaikan maklumat, malah membentuk suasana yang selesa, teratur dan bertenaga.
"Pemaklum acara itu seperti seorang pengacara majlis. Kami melibatkan penonton sebanyak mungkin. Kami membuat mereka rasa selesa. Tugas kami adalah untuk memaklumkan apa yang sedang berlaku dan juga, sekiranya sesuatu terjadi secara tiba-tiba, kami perlu memaklumkannya.
"Dan juga, sudah tentu, menaikkan semangat mereka apabila suasana agak suram, memberikan maklumat, dan memberitahu apa yang akan datang," kata Cik Wahidah kepada wartawan Nurfazirah Azman.
Beliau sebelum ini merupakan penerbit, pengarah televisyen serta pensyarah di Politeknik Temasek.
Walaupun memiliki latar belakang luas dalam bidang media, Cik Wahidah mengakui bahawa pengumuman sukan merupakan sesuatu yang baharu dan mencabar.
Namun, cabaran itulah yang mendorong beliau untuk terus belajar dan berkembang.
"Pengumuman sukan adalah sesuatu yang saya tidak pernah lakukan sebelum ini. Jadi, ia merupakan satu cabaran apabila mereka meminta sukarelawan untuk melakukannya.
"Saya fikir, saya tidak pernah buat sebelum ini. Jadi, saya mendapatkan panduan daripada mereka yang berpengalaman. Saya boleh katakan ia adalah satu proses pembelajaran yang agak mencabar," kata Cik Wahidah.
Sepanjang penglibatannya, Cik Wahidah telah terlibat dalam pelbagai acara besar termasuk Pesta Sukan, Kejohanan Renang Kumpulan Umur SEA, WPSC serta Kejohanan Akuatik Dunia.
Antara pengalaman paling bermakna baginya ialah ketika mengendalikan acara penyampaian pingat di Kejohanan Akuatik Dunia.
Di situ, beliau berdepan cabaran unik untuk menyebut nama atlet dari pelbagai negara dengan tepat, sering kali tanpa persediaan awal.
"Terdapat ramai atlet luar negara. Jadi, ia menarik bagi saya untuk mencari cara menyebut nama mereka. Kadangkala tiada masa untuk bertanya kepada mereka, jadi kita hanya teruskan berdasarkan pengalaman.
"Ada seorang lelaki yang datang pada saya selepas itu dan mengucapkan terima kasih kerana saya menyebut namanya dengan betul dan dengan intonasi yang tepat. Ia sesuatu yang menggembirakan," kongsi Cik Wahidah.
Beliau berharap agar diberi peluang untuk mengembangkan peranannya itu ke peringkat antarabangsa.

SUKARELAWAN REMAJA NOH HUZAIREE NORDIN MAHU TERUS MENYUMBANG DI ACARA SUKAN
Semangat kesukarelawan turut diteruskan oleh generasi muda seperti Nor Huzairee Nordin, 17 tahun.
Minatnya bermula melalui penglibatan dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP), yang sering ditontonnya bersama keluarga.
"Saya suka masuk NDP kerana saya suka menonton perbarisan sebab mak saya juga suka melihat acara itu semasa NDP. Jadi saya mencari di dalam Google bagaimana untuk sertai perbarisan itu,” kongsi Huzairee.
Beliau telah menyertai kontinjen perbarisan NDP selama tiga tahun berturut-turut dari 2023 hingga 2025, dan dijangka akan kembali menyertainya tahun ini.
Selain itu, beliau juga aktif dalam Team Nila Beats selepas melihat kumpulan tersebut menyemarakkan suasana dalam perlawanan bola sepak Singapore Lions.
Beliau percaya bahawa kesukarelawanan tidak mengenal usia dan peluang sentiasa terbuka kepada semua.
Dalam pada itu Huzairee juga berharap lebih ramai orang dapat menyertai Team Nila.
"Apa yang kita boleh lakukan ialah untuk menjemput masyarakat dalam perlawanan bola sepak seperti menjemput sekolah-sekolah, pelajar sekolah menengah dan ITE untuk bersorak bersama dengan kami," kata Huzairee.
Dengan aspirasi untuk menjadi Ketua Sukarelawan suatu hari nanti, beliau berharap dapat memainkan peranan yang lebih besar pada masa hadapan.

BILANGAN SUKARELAWAN TEAM NILA YANG DIIKTIRAF NAIK 50%
Komitmen dan dedikasi Cik Wahidah dan Huzairee diraikan dalam Majlis Anugerah Team Nila 2026.
Kedua-dua mereka meraih pingat gangsa dalam anugerah tahun ini.
Seramai 633 sukarelawan diiktiraf tahun ini iaitu peningkatan hampir 50 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan jumlah sumbangan melebihi 220,000 jam sepanjang 2025.
Melangkah ke hadapan, Team Nila terus memperluas usaha untuk membina sebuah masyarakat yang lebih kukuh melalui inisiatif seperti “Team Nila on the Move”. Disokong oleh teras “Play More”, “Support More” dan “Jio More”.
Inisiatif-inisiatif itu bertujuan menarik lebih ramai penyertaan, membina kemahiran, dan memupuk semangat kebersamaan menjelang Sukan SEA 2029.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.