Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dedikasi Adikong Kehormat ASP Harinderpal dan SLTC Helmi, antara yang dipuji Presiden Halimah

Anggaran Waktu Membaca:
Dedikasi Adikong Kehormat ASP Harinderpal dan SLTC Helmi, antara yang dipuji Presiden Halimah

(Gambar: BERITAmediacorp/Nazirah Jamzuri, SPF)

SINGAPURA: Seramai 103 Adikong Kehormat dilantik oleh Presiden Halimah Yacob hari ini (14 Feb), dengan 32 daripada mereka menerima pelantikan buat pertama kalinya.

Presiden Halimah juga berbesar hati melihat penyertaan para pegawai yang berkaliber tinggi dari pelbagai latar belakang.

Ini termasuk ASP Harinderpal Kaur, 38 tahun, yang dilantik semula dan sudah berkhidmat selama hampir dua tahun.
 

Gambar: SPF
Gambar: SPF

Bagi beliau, antara pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan merupakan satu upacara Angkat Sumpah Kabinet, yang diadakan di tengah-tengah pandemik COVID-19 pada 2020.

Pada ketika itu, beliau ditugaskan sebagai Adikong Kehormat buat para tetamu terhormat di Bangunan Parlimen.

"Saya melalui satu pengalaman menarik kerana tetamu terhormat memakai pelitup muka jadi kami perlu mengenal pasti tetamu-tetamu itu dengan pantas berdasarkan ciri-ciri mereka," kongsi ASP Harinderpal.

"Ini memang menguji daya fikiran saya serta respons pantas yang perlu ada semasa acara tersebut," tambah beliau lagi.

Berhubung tugas sebagai seorang Adikong Kehormat, ada juga beberapa tuntutan mencabar menurut ASP Harinderpal.

Ini termasuk mengimbangi tugas harian dan tanggungjawab kepada keluarga, di samping perlu mengorbankan hujung minggunya.

PIC2

Di upacara Pelantikan dan Penghargaan Adikong (ADC) yang diadakan di Istana siang tadi, Presiden Halimah Yacob memuji dedikasi dan semangat kesukarelawanan para Adikong Kehormat.

"Komitmen anda untuk berkhidmat meskipun jadual anda yang sibuk, patut dipuji," menurut Presiden Halimah dalam ucapannya.

"Saya ingin melahirkan penghargaan juga buat keluarga anda dan mereka yang tersayang atas sokongan padu mereka yang sudah memungkinkan anda untuk mendedikasikan diri anda bagi tugas-tugas HADC," tambah beliau lagi.

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI ADIKONG KEHORMAT SATU PENGHORMATAN

Bagi ASP Harinderpal, beliau menganggap tugas dan tanggungjawab ini sebagai sesuatu yang istimewa dan merupakan satu penghormatan buat dirinya.

"Memakai pakaian seragam HADC adalah sesuatu yang tidak biasa dilihat oleh anak saya, selain daripada uniform polis biasa saya," ujar ASP Harinderpal.

"Sedari akan komitmen saya dalam tugas ini yang berasingan daripada tugas seorang polis biasa, ia memberi inspirasi bagi anak saya untuk berusaha dengan lebih gigih lagi serta mendorongnya untuk menyumbang kepada masyarakat," tambah ibu seorang anak itu.

Lebih istimewa lagi, setiap kali beliau berkongsi pengalaman dengan anaknya, ia merupakan satu kenangan indah dan membuatkan mereka lebih mesra.

33 HADC BERSARA DIBERI PENGHARGAAN

MINDEF
Gambar: MINDEF

Dalam majlis yang sama, Presiden Halimah turut memberi penghargaan beliau buat 33 HADC yang bersara.

Antaranya merupakan SLTC Helmi Khaswan, 38 tahun, yang sudah berkhidmat lebih sedekad.

Pertama kali dilantik sebagai Adikong Kehormat pada usia 27 tahun, pelbagai kenangan manis telah ditimba beliau dan banyak tidak boleh dilupakan sehingga ke hari ini.

"Pertama sekali, saya diberi peluang untuk menjadi 'Vigil Guard' untuk upacara persemadian negara bagi Dr Goh Keng Swee, Mr Lee Kuan Yew dan President S.R. Nathan," kongsi SLTC Helmi yang kini juga bergelar seorang bapa kepada bayi berusia lima bulan.

pic4
Gambar:MINDEF

"Pada waktu itu, saya dapat melihat bagaimana semangat mereka memberi kesan kepada masyarakat dan ia seolah-olah menjadi peringatan bagi saya bahawa saya harus berkhidmat untuk negara kami," tambah beliau lagi.

Sebuah lagi kenangan istimewa buatnya merupakan menjadi sebahagian daripada pasukan yang merancang istiadat Hari Kebangsaan bagi mengiktiraf sumbangan warga negara Singapura. Ini disifatkannya sebagai satu acara yang "mengharukan".

PERLU PEKA HAL EHWAL NEGARA LAIN DAN BERSIKAP FLEKSIBEL

Apabila ditanya apakah ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang Adikong Kehormat, ini jawapannya:

"Seorang Adikong Kehormat perlu ada pengetahuan dan ilmu tentang hal ehwal negara lain kerana ini mungkin ada kesan kepada hal ehwal Singapura."

PIC5

"Kami juga harus bersikap fleksibel kerana ada kalanya aktiviti yang kami kendalikan itu tidak berjalan lancar, lantas kami perlu lebih fleksibel mengubahsuai diri."

Sepanjang bergelar Adikong Kehormat, SLTC Helmi berpeluang untuk berkhidmat bagi tiga Presiden Singapura, iaitu mendiang S.R. Nathan, Dr Tony Tan serta Puan Halimah Yacob.

Sumber : BERITA Mediacorp/NJ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan