Decathlon buka cawangan terbesar di Kallang tahun depan
Peruncit barangan sukan popular Decathlon semalam (22 Mei) mengumumkan bahawa ia akan membuka cawangan terbesarnya di Kallang menjelang 2019, dengan kerjasama Sport Singapore.

Lukisan Decathlon Singapore Lab. (Gambar: Decathlon/Sport Singapore)
SINGAPURA: Peruncit barangan sukan popular Decathlon semalam (22 Mei) mengumumkan bahawa ia akan membuka cawangan terbesarnya di Kallang menjelang 2019, dengan kerjasama Sport Singapore.
‘Decathlon Singapore Lab’ yang seluas 5,000 meter persegi akan ditempatkan di Stadium Boulevard.
Para pelanggan boleh mencuba produk-produk di cawangan tersebut dengan memanfaatkan simulasi maya dan realiti tambahan (AR). Ia juga bakal menawarkan khidmat imbasan kaki dan huraian bayaran melalui telefon bijak, termasuk keupayaan e-dompet yang membolehkan para pelanggan untuk ‘mengumpul ganjaran’ di kedai-kedai dan melalui platform online.
Cawangan di Kallang itu juga akan menganjurkan bengkel sukan, program kecergasan dan menyediakan ruang ‘bebas bermain’ di bahagian luar.
“Saya membayangkan kerjasama dengan Sport Singapore akan memacu kami ke hadapan bagi mencapai sasaran jangka panjang untuk membolehkan orang ramai mengakses sukan. Dengan menjadi rakan kepada agensi nasional bagi sukan, kami yakin bahawa kami boleh mendampingi lebih ramai rakyat Singapura secara langsung melalui sukan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Decathlon di Asia Yves Claude dalam satu pengumuman semalam.
Kedua-dua pihak memeterai perjanjian untuk mempromosikan sukan, kesihatan dan kesejahteraan kepada rakyat Singapura. Memorandum Persefahaman itu meliputi beberapa aspek termasuk Kesihatan Aktif, Akademi dan Kelab ActiveSG serta Pusat Sukan ActiveSG.
Selain itu, terdapat juga rancangan untuk menyediakan mesin layan diri Decathlon di pusat-pusat sukan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.