#DearCovid19SG ajak belia S'pura kongsi pengalaman peribadi, cabaran harungi pandemik
Satu wadah baru diwujudkan untuk menggalak golongan belia di sini mengongsi pengalaman peribadi dan pelbagai cabaran yang diharungi semasa pandemik COVID-19.
SINGAPURA: Satu wadah baru diwujudkan untuk menggalak golongan belia di sini mengongsi pengalaman peribadi dan pelbagai cabaran yang diharungi semasa pandemik COVID-19.
Wadah yang diberi nama #DearCovid19SG itu dihasilkan oleh Majlis Seni Kebangsaan (NYC) dengan kerjasama DSTNCT.
Menulis di laman Facebooknya hari ini (31 Mei), Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata seperti rakyat Singapura yang lain, golongan belia juga terpaksa menangani bermacam-macam cabaran dan gangguan yang disebabkan oleh wabak virus korona itu.
Lebih membanggakan lagi, golongan belia di sini mengharungi dan cuba mengatasi rintangan yang dihadapi penuh tabah dan dengan cara mereka yang tersendiri, menurut PM Lee.
Dalam catatannya itu, PM Lee turut memberi contoh sepasang mempelai yang terpaksa melangsungkan majlis perkahwinan mereka secara online, penjaja muda yang tabah mengharungi kegawatan ekonomi dan ada juga yang turut mengongsi pengalaman mereka menjalani Perkhidmatan Negara (NS).
Menurut PM Lee, meskipun ramai yang mengongsi pengalaman mereka melawan pandemik tersebut, ada juga sebilangan belia yang mengajak rakan-rakan sebaya mereka supaya bermuhasabah dan bersimpati terhadap mereka yang kurang bernasib baik.
Sebelum mengakhiri catatannya, PM Lee turut mengingatkan setiap rakyat Singapura bahawa kita mesti bersatu melawan COVID-19 dan sedang kita mengharungi masa-masa yang mencabar ini, janganlah pula kita lupa tentang mereka yang lemah dan memerlukan bantuan kita.
Beliau juga mengusulkan agar kita terus mendampingi dan membantu golongan yang memerlukan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.