DBS, UOB latih kakitangan manfaatkan AI, bukan kurangkan jumlah pekerjaan
Lonjakan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dipuji kerana ia mendorong peningkatan inovasi dan produktiviti.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lonjakan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dipuji kerana ia mendorong peningkatan inovasi dan produktiviti. Namun, ia juga menimbulkan kebimbangan bahawa teknologi tersebut boleh menggantikan pekerjaan dalam sektor perbankan.
Pihak bank semakin mengintegrasikan AI dalam bidang-bidang utama perniagaan mereka, daripada pengurusan risiko dan pengesanan penipuan hinggalah penyampaian pengalaman pelanggan yang lebih disesuaikan.
Para eksekutif kanan daripada dua bank terbesar Singapura, UOB dan DBS, berkata pada Khamis (13 Nov) bahawa keutamaan mereka adalah untuk membantu kakitangan menyesuaikan diri, bukan menggantikan mereka, meskipun terdapat kebimbangan bahawa automasi boleh menjadikan sesetengah peranan tidak lagi diperlukan.
Mereka berkata demikian kepada Mediacorp di Festival FinTech Singapura 2025, yang diadakan di Singapore Expo dari Rabu hingga Jumaat.
MEMPERKASA KEUPAYAAN MANUSIA
Ketua AI perusahaan UOB di bawah kumpulan inovasinya, Encik Alvin Eng, berkata bank itu memberi tumpuan kepada usaha untuk menyesuaikan peranan dan melengkapkan para pekerja dengan kemahiran untuk bekerja dengan AI.
“Ia adalah suatu proses dua hala. Sebab itu kami menyediakan latihan dan platform,” kata Encik Eng.
“Kami beritahu kakitangan kami bahawa anda perlu bersama kami dalam perjalanan ini – anda perlu mendakap teknologi ini dan belajar bersama kami. Kami akan menyediakan alatnya.”
Apabila ditanya berapa banyak pekerjaan yang disesuaikan semula, beliau berkata bank itu sedang melihat “sekitar 10 hingga 15 peratus untuk peringkat awal ini”, tetapi menambah bahawa UOB tidak mempunyai angka sebenar.
Beliau berkata keadaan akan berubah bergantung kepada cara AI digunakan, dan bank tersebut “sangat aktif” dalam melatih para pekerja mengenai penggunaan AI.
Bank ketiga terbesar Singapura dari segi aset itu melancarkan satu inisiatif bulan lalu untuk melengkapkan kakitangan dengan asas kemahiran AI generatif (Gen AI) dan automasi.
“Sebagai contoh, untuk Gen AI sahaja, kami sudah melatih lebih 20,000 kakitangan,” dedah Encik Eng.
“Kami telah mengaktifkan Gen AI di seluruh bank – malah 30,000 kakitangan kami sudah menguasai pengetahuan tentang Gen AI… mereka boleh mencubanya setiap hari.”
Dalam ucaptama di festival tersebut pada Rabu, Timbalan Pengerusi dan Ketua Eksekutif UOB, Wee Ee Cheong, berkata AI seharusnya mempertingkatkan keupayaan manusia, bukan menggantikan pekerjaan.
Encik Wee turut berkata bahawa dalam dekad-dekad akan datang, data dan AI akan menjadikan kewangan lebih bijak, lebih mudah dijangka dan lebih inklusif.
AI AKAN LAKUKAN TUGAS ‘RUTIN, BERULANG’
DBS turut menyesuaikan strategi tenaga kerjanya di tengah-tengah penggunaan AI yang semakin meluas.
Bank terbesar negara itu mengumumkan minggu lalu bahawa ia akan menghentikan pengambilan pekerja bagi peranan yang berpotensi digantikan oleh automasi, dengan kakitangan dalam peranan terjejas akan dipindahkan dan dilatih untuk jawatan baharu.
Bank itu menyatakan pada Februari bahawa ia merancang untuk mengurangkan 4,000 pekerjaan sementara dalam tempoh tiga tahun akan datang kerana ia menjangka AI akan mengambil alih lebih banyak tugasan yang kini dilakukan oleh manusia.
Pada Khamis, ketua data dan transformasi DBS, Nimish Panchmatia, berkata kepada Mediacorp bahawa meskipun AI mungkin menggantikan sesetengah pekerjaan dengan sepenuhnya, kesan yang lebih besar akan timbul daripada perubahan terhadap cara bekerja.
“Kita mulakan dengan anggapan bahawa AI akan menggantikan pekerjaan dengan sepenuhnya. Ia mungkin berlaku dalam beberapa bidang, tetapi apa yang AI akan lakukan secara asasnya ialah mengubah cara kerja dilakukan,” katanya.
“Ini bermakna ada perkara yang anda lakukan hari ini yang akan dapat dilakukan oleh AI bagi pihak anda pada masa depan. Ini bermakna, peranan anda akan berubah. Dan saya fikir di situlah sebahagian besar perubahan dan transformasi akan berlaku, dan bukannya banyak peranan yang hilang secara tiba-tiba.”
Encik Panchmatia berkata automasi berkemungkinan menangani “tugasan rutin dan berulang”, membolehkan manusia memberi tumpuan kepada kerja-kerja yang lebih kreatif dan berlandaskan empati serta “mencipta pengalaman untuk pelanggan kami yang jauh lebih baik berbanding yang lain”.
Apabila ditanya tentang kesan AI yang lebih meluas dalam industri, Encik Panchmatia berkata ia masih berada di peringkat awal.
Namun, beliau menambah bahawa pengalaman menunjukkan bahawa gangguan teknologi cenderung mewujudkan peranan baharu walaupun sesetengah peranan dihapuskan.
“Sebagai contoh, apabila emel, Outlook dan internet muncul, ramai orang fikir pekerjaan akan hilang … jika anda mengimbas 20 tahun sebelum itu, apabila robot muncul, orang fikir kerja kilang akan hilang. Tetapi ia tidak berlaku,” kata beliau.
“Jadi, saya rasa ini satu lagi kitaran. Apa yang penting ialah kreativiti manusia sentiasa berada selangkah di hadapan.
“Saya percaya, kita akan membuat penyesuaian yang mungkin agak sukar pada awalnya, tetapi ia merupakan peluang besar untuk membolehkan manusia memberi tumpuan kepada perkara yang mereka paling mahir – iaitu menjadi kreatif,” tambah beliau.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.