DBS siasat laporan urus niaga bertindih pada sesetengah kad debit, kredit
DBS pada Jumaat (18 Jun) menyatakan ia maklum tentang isu urus niaga bertindih terhadap "kad debit dan kredit tertentu" dan pihak bank sedang mengenal pasti dan memulihkan isu itu.
SINGAPURA: DBS pada Jumaat (18 Jun) menyatakan ia maklum tentang isu urus niaga bertindih terhadap "kad debit dan kredit tertentu" dan pihak bank sedang mengenal pasti dan memulihkan isu itu.
"Yakinlah bahawa setiap urus niaga bertindih akan dikembalikan wang. Kami mohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan mohon pemahaman anda," menurut DBS dalam satu catatan Facebook.
Ramai pelanggan menulis komen pada catatan Facebook oleh DBS itu untuk melaporkan bahawa mereka mengalami masalah itu di mana urus niaga yang sama dikenakan beberapa kali.
Beberapa pelanggan DBS pula menerima pemberitahuan pada aplikasi perbankan yang memaklumkan kepada mereka tentang isu itu.
Beberapa pengguna Facebook juga berkata urus niaga bertindih itu menyebabkan baki jumlah wang dalam akaun bank mereka menjadi negatif.
Aplikasi mudah alih DBS dan POSB tidak boleh diakses oleh beberapa pengguna, dengan ramai melaporkan bahawa mereka tidak dapat menghubungi talian khidmat pelanggan bank tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.