DBS lancar platform bimbingan kerjaya 24 jam bagi kakitangan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kakitangan bank DBS di Singapura dan rantau ini kini boleh menggunakan platform bimbingan pembangunan kerjaya yang menggunakan kuasa teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Generatif.
Alat bimbingan sepanjang masa itu juga memberi nasihat mengenai keseimbangan antara pekerjaan dengan kehidupan, kepimpinan dan kesejahteraan mental.
Dipanggil iCoach, alat itu disesuaikan kepada setiap pekerja, menggabungkan peranan bank itu dan laluan bagi menawarkan nasihat kerjaya.
Menurut DBS, alat itu mengatasi cabaran utama menyediakan bimbingan dalam cara yang cekap dan berkesan dari segi kos..
Menyentuh mengenai penggunaan AI secara amnya, Menteri Negara Kanan Penerangan dan Pembangunan Digital Tan Kiat How berkata bank itu akan menerajui laluan bagi syarikat-syarikat yang bimbang mengenai penggunaan teknologi.
Encik Tan berkata: "Menggunakan AI, termasuk AI Generatif, untuk mencipta produk dan khidmat agar lebih peribadi, meninggalkan kesan lebih besar, dan lebih berupaya membuat ramalan kerana jika anda melihat kepada masa akan datang, ini adalah trend."
"Dengan keupayaan untuk menilai trend itu dengan lebih baik, ia akan memberi kami kelebihan berdaya saing," tambah Encik Tan.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.