DBS akan tawar potongan harga sehingga S$6 bagi telur, beras selama tujuh Sabtu berturut-turut mulai 18 Jul
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)
- DBS/POSB menawarkan diskaun sehingga S$6 kepada pemegang kad mereka untuk pembelian telur dan beras di pasar raya Giant dan Sheng Siong setiap Sabtu dari 18 Julai hingga 29 Ogos.
- Inisiatif ini adalah sebahagian daripada pakej sokongan S$10 juta yang diumumkan bagi membantu rakyat Singapura menghadapi kos sara hidup yang meningkat.
- Tawaran sah di 129 cawangan terpilih tanpa had perbelanjaan minimum, terhad kepada satu penebusan setiap barangan sehari dan selagi stok masih ada.
- DBS turut merancang menawarkan pulangan tunai S$3 melalui aplikasi PayLah! bermula September, memperluas manfaat kepada lebih ramai pelanggan.
SINGAPURA: Selama tujuh hari Sabtu berturut-turut bermula 18 Julai ini, para pemegang kad DBS/POSB bakal menikmati diskaun sehingga S$6 bagi pembelian telur dan beras di pasar raya Giant dan Sheng Siong.
Ini merupakan fasa pertama daripada pakej langkah sokongan bernilai S$10 juta yang diumumkan pada April lalu bagi membantu rakyat Singapura menangani tekanan kos sara hidup, menurut kenyataan media oleh bank DBS pada Jumaat (10 Julai).
Pada setiap hari Sabtu dari 18 Julai hingga 29 Ogos, pelanggan DBS/POSB boleh menikmati potongan harga sebanyak S$3 untuk telur dan S$3 untuk beras di 129 cawangan yang mengambil bahagian.
Tawaran ini sah tanpa sebarang had perbelanjaan minimum apabila mereka membuat pembayaran menggunakan mana-mana kad kredit atau debit DBS/POSB, jelas pihak bank.
Tawaran ini bagaimanapun hanya terpakai untuk produk telur dan beras terpilih di bawah jenama kedua-dua pasar raya berkenaan.
Penebusan adalah berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat selagi stok masih ada, dan setiap pelanggan dihadkan kepada satu penebusan bagi setiap barangan dalam sehari.
Di laman webnya, DBS menyenaraikan produk-produk yang layak mendapat diskaun tersebut iaitu: beras wangi jasmin Giant (5kg), telur segar ladang Giant (pek 30 biji), beras wangi jasmin Happy Family, dan telur segar Egg for You (pek 30 biji).
"Bagi kebanyakan isi rumah, membeli barangan dapur pada hujung minggu adalah satu rutin biasa. Dengan menawarkan diskaun ini pada hari Sabtu, kami berharap dapat membantu para pelanggan menjimatkan perbelanjaan," kata Calvin Ong, Ketua Kumpulan Perbankan Pengguna DBS Singapura.
"Pada tahun ini, kami telah memperluas tawaran ini untuk merangkumi kedua-dua pasar raya Sheng Siong dan Giant, di samping meningkatkan jumlah penebusan sehingga lebih tiga kali ganda supaya lebih ramai orang dapat menikmati penjimatan ini," tambah beliau.
Selain itu, pulangan tunai sebanyak S$3 melalui aplikasi PayLah! juga akan ditawarkan bermula September depan.
Butiran lanjut mengenainya akan diumumkan menjelang tempoh pelancarannya kelak.
Sejak tahun 2023, DBS melancarkan pelbagai langkah sokongan kos sara hidup, termasuk kempen pulangan tunai PayLah! S$3 yang popular untuk hidangan di pusat penjaja, yang kemudian diperluaskan ke kedai-kedai kawasan kejiranan serta pasar basah, jelas DBS.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.