DayaSeni himpun penggiat seni 3 negara, anjur bengkel percuma raikan tradisi Melayu pada 25 Apr
Anggaran Waktu Membaca:
'DayaSeni: Tradition In Action'. (Gambar: Jamiyah Singapore)
SINGAPURA: Jika anda amat meminati tradisi orang Melayu atau mahu anak-anak anda menimba ilmu mengenai budaya Melayu, ini peluang anda!
Pada Sabtu (25 Apr), anda boleh berkunjung ke Wisma Geylang Serai bagi acara 'DayaSeni: Tradition In Action' untuk turut serta dalam pelbagai kegiatan menarik dan bengkel awam secara percuma.
Acara yang diadakan dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang itu turut diadakan sempena pelancaran rasmi unit seni dan budaya khas Jamiyah Singapura, DayaSeni.
Buat julung-julung kalinya juga, Jamiyah menghimpunkan kumpulan persembahan hebat dari Singapura, Malaysia dan Indonesia di bawah satu bumbung, sekali gus memberikan penonton peluang untuk menyaksikan keluasan dan keindahan dunia budaya Melayu.
Setiausaha Agung Jamiyah Singapore, Muhammad Khair Baharin berkata: "DayaSeni bukan sekadar acara kebudayaan. Ia adalah satu pengisytiharan bahawa seni Melayu hidup, dinamik dan sangat relevan dengan identiti kita sebagai sebuah masyarakat.
"Melalui DayaSeni, Jamiyah Singapore menegaskan semula komitmennya untuk memastikan warisan kita bukan sahaja terpelihara, tetapi diraikan dan dikongsi dengan semua rakyat Singapura.
"Kami mempelawa anda untuk menyertai kami pada 25 April bagi hari yang dipenuhi bakat luar biasa, pengalaman amali dan semangat kemasyarakatan.”
PERSEMBAHAN BERTARAF DUNIA DARI 3 NEGARA
Pentas DayaSeni akan menampilkan antara penggiat seni terbaik bagi budaya tradisional Melayu dari seluruh rantau ini.
Antara yang bakal ditampilkan termasuk Kumpulan Gasing Selangor, yang juga juara Kejohanan Gasing Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2025; Persatuan Silat Cekak Harimau Pahang, yang juga juara pertandingan seni mempertahankan diri serantau; Padepokan Kasundan Panglipur Galih yang mewakili tradisi pencak silat Indonesia serta kumpulan silat Singapura, Al-Haq.
Kumpulan-kumpulan tempatan lain yang akan turut membuat penampilan termasuk kumpulan tarian Melayu Sriwana, Sri Warisan dan Artistari Gentari, Orkestra Sri Temasek, Persatuan Hadrah dan Kompang Singapura (PEHAKS) serta Pasukan Gasing Pangkah Singapura.
PENAMPILAN KHAS ADI PUTRA
Acara DayaSeni akan turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon terkenal Adi Putra, yang membintangi filem 'Mat Kilau' dan 'KL Gangster'.
Beliau akan menghadiri sesi bertemu peminat, lengkap dengan sesi bergambar dan autograf.
Kehadirannya juga dijangka memberi sokongan kepada usaha memartabatkan seni Melayu dan tradisi budaya yang masih bertahan.
Sehubungan itu, hadirin juga boleh menantikan kemunculan penyanyi Azra Zulaikha serta DJ RIA897 Nity Baizura dan Zuhairi Idris, yang akan menambah kemeriahan sepanjang hari.
BENGKEL BERKUMPULAN SECARA PERCUMA
Di samping itu, DayaSeni juga menggalakkan penyertaan aktif dengan menawarkan program bengkel praktikal secara percuma, yang membolehkan peserta dari semua peringkat usia meneroka seni.
Ini termasuk mempelajari cara-cara melancarkan gasing, mempelajari keindahan dan penceritaan dalam gerak tarian Melayu, belajar bermain kompang serta mempelajari asas seni membela diri menerusi silat.
Bengkel-bengkel itu juga disediakan tanpa memerlukan sebarang pengalaman terlebih dahulu.
KELAS MINI DAN AKTIVITI WARISAN
Selain bengkel utama, DayaSeni turut menawarkan pelbagai kelas mini dan aktiviti warisan.
Ini terdiri daripada seni menggubah bunga rampai, seni lukisan inai, permainan tradisional capteh serta seni kraf tangan tradisional batik dan wau.
Pengunjung muda juga boleh menikmati permainan seperti congkak dan batu seremban, manakala keluarga-keluarga pula boleh melawat JamPlus Corner yang menawarkan makanan, permainan dan aktiviti untuk kanak-kanak.
JAMQUEST: WARISAN DAN ERA DIGITAL
Sebagai inovasi moden, DayaSeni juga memperkenalkan JamQuest, iaitu program digital interaktif di mana peserta memuat turun aplikasi mudah alih dan mengikuti arahan sepanjang acara dan berpeluang memenangi hadiah sambil mendalami aktiviti yang ditawarkan.
Acara 'DayaSeni: Tradition In Action' juga merupakan permulaan kepada platform budaya tahunan atau dwitahunan yang dirancang oleh Jamiyah, yang akan terus berkembang dengan menghimpunkan artis, pengamal dan penggiat seni dan masyarakat umum dalam sambutan berterusan seni dan warisan Melayu.
“Melalui DayaSeni, Jamiyah berhasrat membina platform budaya tahunan atau dwitahunan yang meraikan seni Melayu, pertukaran budaya dan persembahan tradisional.
"Dengan ini, kita menghormati warisan yang diwariskan kepada kita sambil memastikan ia kekal hidup, relevan dan bermakna kepada dunia hari ini," ujar Encik Khair.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.