Daya tahan syarikat bergantung kepada kesejahteraan pekerja: Zaqy
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: EMILLIA AMIN
SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad berkata daya tahan perniagaan bergantung kepada kesejahteraan para pekerja.
Beliau menekankan bahawa menangani tekanan kerja adalah antara perkara yang perlu dititik beratkan dalam menjaga kebajikan mereka.
Beliau berucap di Anugerah Kesihatan Singapura pada Jumaat (11 Nov) yang mengiktiraf 135 pemenang daripada sektor awam dan swasta termasuk pusat penjaja dan prasekolah bagi usaha menggalak kehidupan sihat.
PROGRAM KESIHATAN MENTAL PEKERJA
Lebih banyak syarikat diiktiraf kerana melaksanakan program-program kesihatan mental bagi para pekerja mereka berbanding sebelum pandemik.
Daripada 58 pertubuhan yang diiktiraf kerana menyokong kesejahteraan fizikal dan mental para pekerja, lebih 90 peratus melaksanakan program-program kesihatan mental berbanding 45 peratus pada kali terakhir anugerah itu diadakan pada 2019.
"Sebahagian besarnya bergantung kepada bagaimana pertubuhan mengukuhkan keharmonian antara kerja dengan kehidupan. Selain aturan kerja fleksibel untuk membantu para pekerja menguruskan keluarga dan komitmen pekerjaan dengan lebih baik, para majikan juga boleh menggabungkan budaya menjaga diri dan membantu pekerja menangani masa-masa tertekan dengan lebih baik," kata Encik Zaqy.
PRASEKOLAH PUPUK AMALAN KEHIDUPAN SIHAT
Tumpuan kepada kesejahteraan mental mencerminkan bahawa kesihatan menyeluruh di tempat kerja semakin penting.
Trend ini sejajar dengan peningkatan penyertaan bagi program kesihatan mental di tempat kerja Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).
Jumlahnya meningkat daripada 13,000 pada 2019 kepada 24,000 setakat bulan September tahun ini.
"Para pemimpin di kalangan sekolah perlu tahu apa yang jadi dalam keadaan sekolah dan memupuk sekitaran yang positif. Jadi kalau kita mahu guru-guru untuk menjadi positif dan kuat dalam kesihatan mental mereka, perlu ada aktiviti-aktiviti yang membangunkan seperti kegiatan kebajikan kakitangan. Kadang-kadang kita jangan sahaja berbual tentang pekerjaan. Kadang-kadang boleh keluar berjalan," kata Ketua Pusat Enfant Educare, Nurliza Mohd Shah.
Di prasekolah itu, kesejahteraan para guru diambil berat dan mereka dilengkapi dengan kemahiran untuk menangani tekanan, menguruskan masa dan membina daya bingkas diri.
Enfant Educare juga adalah antara 75 prasekolah yang menerima Anugerah Platinum Prasekolah Sihat bagi usaha menggalak kesihatan kanak-kanak meskipun dalam keadaan pandemik yang mencabar beberapa tahun ini.
Ia termasuk memupuk tabiat pemakanan sihat dan menggalak masa aktif dengan menggabungkan sukan dan permainan dalam kegiatan sekolah.

Sumber : BERITA Mediacorp/EM/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.