Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Daya tahan dan sikap bersatu padu masyarakat SG harus dikukuhkan, tegas MFA

Anggaran Waktu Membaca:
Daya tahan dan sikap bersatu padu masyarakat SG harus dikukuhkan, tegas MFA

Lautan bendera Singapura, dan hanya sebahagian daripada 25,000 penonton, di NDP terakhir yang akan diadakan di Pentas Terapung Marina Bay. (Gambar: Try Sutrisno Foo/CNA)

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan perpaduan negara amat penting bagi penakatan Singapura.

MFA akan terus mengukuhkan daya tahan serta sikap bersatu padu dalam kalangan rakyat Singapura di luar dan dalam negeri.

Ini sedang ketegangan geopolitik yang meruncing meningkatkan risiko campur tangan asing dalam perbincangan awam serta dasar domestik.

Dengan lebih ramai rakyat Singapura sudah menyambung semula perjalanan, MFA juga menjangkakan lebih banyak permintaan bagi khidmat konsular dari mereka yang mengalami masalah di luar negara.

MFA mahu memanfaatkan teknologi dan kumpulan respons barisan hadapan dilatih yang baru untuk menyediakan respons serta bantuan konsular sepanjang masa.

Seorang warga Singapura yang menetap di Shangai berkongsi bagaimana Konsulat-Jeneral di negara itu menyediakan bantuan kepada masyarakat Singapura ketika pendemik.

Selain menyebarkan maklumat, ia juga membantu menghantar bekalan seperti makanan dan lampin kepada mereka yang memerlukan ketika berlakunya sekatan pergerakan.
Sumber : CNA/RU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan