Daya saing pekerja tempatan 'kunci utama' aturan kerja fleksibel
Anggaran Waktu Membaca:

Orang ramai di CBD 29 Mac 2022. (Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)
SINGAPURA: Aturan kerja fleksibel menjadi tajuk perbualan sejak beberapa hari kebelakangan ini dengan pelancaran garis panduan untuk majikan mempertimbangkan permintaan sedemikian.
Sedang Singapura memulakan langkah untuk menjadikan aturan kerja fleksibel sebagai suatu perkara biasa, memastikan tenaga kerja tempatan kekal berdaya saing dari segi kemahiran, penghasilan dan etika kerja adalah kuncinya, kata Menteri Negara Tenaga Manusia Gan Siow Huang pada Selasa (23 Apr).
Pada masa yang sama, gabungan tenaga kerja tempatan dan pekerja hijrahan berkemungkinan menjadi sebahagian masa depan kerja, menurut persatuan majikan, setelah mengambil kira perbezaan kos buruh.
Cik Gan dan para wakil daripada Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) dan Persatuan Syarikat-Syarikat Kecil dan Sederhana (ASME) berkata demikian semasa bercakap kepada media seminggu selepas garis panduan baharu perikatan tiga pihak mengenai permohonan aturan kerja fleksibel dilancarkan.
Mulai Disember, Singapura mewajibkan semua majikan menimbangkan secara adil permohonan bagi aturan kerja fleksibel. Ini bertujuan untuk memudahkan sesetengah pekerja, seperti penjaga (anggota keluarga) dan warga emas, untuk terus bekerja atau kembali bekerja di tengah-tengah pasaran buruh yang ketat di Singapura dan masyarakat yang kian menua.
Sekalipun demikian, sesetengah majikan memberitahu Mediacorp, walaupun menguruskan pasukan yang bekerja dari lokasi selain tempat kerja semakin menjadi satu kebiasaan, mereka mungkin memikirkan semula langkah menggajikan pekerja tempatan dan sebaliknya merekrut pekerja dari luar negara, khususnya selepas menimbangkan perbezaan dari segi kos.
Apabila ditanya tentang keprihatinan itu, Cik Gan berkata daya saing tenaga kerja Singapura adalah kunci. Tenaga kerja tempatan mesti memiliki kemahiran yang dicari majikan dan berupaya memenuhi keperluan produktiviti perniagaan.
Satu lagi aspek yang mesti kekal berdaya saing adalah etika kerja mereka atau "sikap lain", seperti boleh dipercayai, boleh diharap", yang merupakan ciri-ciri tenaga kerja tempatan yang dihargai syarikat-syarikat perniagaan, kata beliau.
"Ini adalah...perkara-perkara penting yang perlu dipertingkatkan supaya rakyat Singapura kekal berdaya saing dan dicari (majikan)," kata beliau.
Cik Gan menarik perhatian bahawa banyak syarikat mengamalkan aturan kerja hibrid semasa pandemik COVID-19 kerana ia diperlukan pada waktu itu, dan ramai yang meneruskannya walaupun tanpa garis panduan tersebut kerana aturan sedemikian sesuai untuk perniagaan mereka.
Banyak syarikat juga masih menggajikan pekerja tempatan selepas pandemik. Selain daya saing pekerja tempatan, interaksi depan mata diperlukan bagi tugasan berpasukan dan memerlukan kerjasama, ujar beliau.
Presiden ASME, Ang Yuit berkata perniagaan sudahpun mencari tenaga kerja gabungan tempatan dan bakat luar negara sejak sebelum garis panduan tersebut diumumkan, dan ini "perkembangan yang berlaku secara semula jadi dengan perbezaan dari segi kos" apabila mengambil pekerja.
Beliau menambah tenaga kerja gabungan tempatan dan luar negara akan berlaku dengan lebih kerap lagi di lebih banyak syarikat, dan aturan "berbilang negara" sedemikian akan menjadi sebahagian daripada masa depan.
Rakan-rakan perikatan tiga pihak berharap garis panduan aturan kerja fleksibel itu akan membolehkan tenaga manusia tempatan dikerahkan dengan lebih cekap dalam syarikat yang memerlukannya, kata Encik Yuit.
Garis panduan itu "diharap akan membolehkan syarikat-syarikat dan kakitangan menyediakan kelonggaran dan penyelarasan untuk menangani isu-isu tertentu perniagaan," tambah beliau.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.