Skip to main content

Singapura

Data SG bagi vaksin bivalen COVID-19 tidak tunjuk risiko hidap angin ahmar meningkat: MOH

Data di Singapura mengenai vaksin bivalen COVID-19 tidak menunjukkan sebarang peningkatan risiko menghidap strok iskemik yang dikaitkan dengan vaksin terbaru Moderna mahupun Pfizer-BioNTech, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (14 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Data SG bagi vaksin bivalen COVID-19 tidak tunjuk risiko hidap angin ahmar meningkat: MOH

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Jan 2023 10:16PM Dikemas Kini : 14 Jan 2023 10:36PM

SINGAPURA: Data di Singapura mengenai vaksin bivalen COVID-19 tidak menunjukkan sebarang peningkatan risiko menghidap strok iskemik yang dikaitkan dengan vaksin terbaru Moderna mahupun Pfizer-BioNTech, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (14 Jan).

MOH menyatakan demikian selepas pihak berkuasa kesihatan persekutuan Amerika Syarikat melancarkan siasatan terhadap keprihatinan keselamatan awal mengenai kemungkinan  risiko menghidap angin ahmar meningkat dalam kalangan warga emas yang mengambil vaksin bivalen.

"Di Singapura, data tempatan yang dikumpul bagi vaksin ketika ini tidak menunjukkan sebarang peningkatan risiko menghidap strok iskaemik selepas mengambil vaksin bivalen Moderna atau Pfizer-BioNTech/Comirnaty," menurut MOH.

"Profil keselamatan vaksin bivalen mRNA itu juga didapati serupa dengan versi  monovalen masing-masing."

MOH menyatakan beberapa kajian antarabangsa menunjukkan bahawa vaksin bivalen COVID-19 baru itu dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit kronik dan kematian  berlipat kali ganda berbanding dengan tidak mengambil vaksin itu.

"Penting untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 terkini bagi mengurangkan risiko menghidap jangkitan COVID-19 yang teruk dan untuk melindungi diri daripada varian sedia ada  dan akan datang," menurut MOH.

"Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi COVID-19 (EC19V) menilai bahawa manfaat kedua-dua vaksin bivalen COVID-19 Moderna dan Pfizer-BioNTech/Comirnaty tetap melebihi risikonya."

Jawatankuasa itu juga terus  menyarankan agar orang ramai mendapatkan dos penggalak bivalen bagi mengekalkan tahap perlindungan yang tinggi terhadap penyakit teruk, menurut MOH sambil menambah bahawa Amerika Syarikat juga tidak mengubah saranan sedia ada supaya setiap individu mendapatkan dos penggalak vaksin bivalen mRNA.

Keprihatinan keselamatan itu dikesan dalam satu sistem pemantauan keselamatan vaksin, namun ia tidak dikesan dan disahkan dalam sistem atau analisis keselamatan AS yang lain mahupun negara-negara lain, menurut MOH.

"Kedua-dua Pfizer dan BioNTech juga telah menyatakan bahawa berbanding dengan kadar berlaku strok iskaemik dalam kalangan warga emas, setakat ini mereka menyaksikan jumlah rendah berlaku kes strok iskaemik selepas mengambil vaksin bivalen," ujarnya.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita