Data peribadi pengadu awam didedahkan untuk 'jelaskan fakta’: Janil Puthucheary
Apabila aduan atau petisyen oleh orang awam itu tidak tepat, agensi pemerintah mungkin akan mendedahkan data peribadi "untuk menjelaskan faktanya", kata Menteri Negara Kanan bagi Perhubungan dan Penerangan Dr Janil Puthucheary pada Isnin (3 Feb).

(Gambar: CPF)
SINGAPURA: Apabila aduan atau petisyen oleh orang awam itu tidak tepat, agensi pemerintah mungkin akan mendedahkan data peribadi "untuk menjelaskan faktanya", kata Menteri Negara Kanan bagi Perhubungan dan Penerangan Dr Janil Puthucheary pada Isnin (3 Feb).
Bagaimanapun, pendedahan data peribadi adalah "terhad", katanya di Parlimen, sambil memberi tiga prinsip sebagai panduan untuk Pemerintah mendedahkan data peribadi tersebut.
Pertama, agensi-agensi pemerintah akan mendedahkan data peribadi bagi memastikan penjelasan adalah terang dan tidak boleh dipertikaikan, katanya.
Kedua, agensi-agensi akan mendedahkan maklumat khusus bagi memberikan gambaran penuh mengenai kes itu dan membenarkan individu-individu relevan untuk mencabar penjelasan Pemerintah mengenai kes itu, jika perlu.
Ketiga, untuk mendedahkan data relevan sahaja berhubung kes berkenaan.
Pemerintah mungkin kadang-kala akan mendedahkan identiti meskipun aduan yang didedahkan itu dibuat tanpa namanya diketahui, tambah Dr Puthucheary, "bagi menyingkirkan kemusykilan dalam kenyataan Pemerintah dan menjelaskan sebarang keraguan mengenai perkara itu dalam pemikiran orang awam".
Dalam satu lagi soalan tambahan, Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Walter Theseira bertanya sama ada Pemerintah akan mempertimbangkan satu protokol untuk agensi-agensi mengeluarkan kenyataan mereka dengan kebenaran individu tersebut.
Menurut Dr Puthucheary: "Pengisytiharan awam sebegini, sama ada diketahui identitinya atau pun tidak, akan dianggap tidak biasa.
Beliau menambah bahawa adalah tidak wajar untuk menghadkan respons agensi terhadap kenyataan awam tidak tepat atau palsu, dan mungkin menyebabkannya terdedah kepada risiko dimanipulasi, kekaburan dan salah faham.
Sekiranya rakyat ingin memohon kes dibicarakan semula disebabkan oleh pendedahan awam yang tidak adil, Dr Puthucheary berkata bahawa mereka boleh mendekati Anggota Parlimen mereka atau meminta satu perbincangan awam diadakan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.