Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Data peribadi 1.5 juta pesakit SingHealth jadi sasaran serangan siber

Satu pangkalan data yang mengandungi maklumat peribadi para pesakit kumpulan jagaan kesihatan SingHealth telah menjadi sasaran serangan siber besar-besaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jul 2018 05:18PM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 09:08PM

SINGAPURA: Satu pangkalan data yang mengandungi maklumat peribadi para pesakit kumpulan jagaan kesihatan SingHealth telah menjadi sasaran serangan siber besar-besaran.

Maklumat bukan perubatan sekitar 1.5 juta pesakit yang pernah melawat klinik-klinik spesialis pesakit luar SingHealth antara 1 Mei 2015 hingga 4 Julai 2018, telah dicerobohi dan disalin secara haram.

Kejadian itu merupakan kecurian data peribadi yang paling serius pernah berlaku di Singapura.

Pihak berkuasa mengesahkan kejadian itu memang satu perbuatan sengaja dan menyifatkannya sebagai serangan siber yang dirancang dengan licik.

Menurutnya, pihak penggodam secara khusus menyasarkan untuk mendapatkan data peribadi Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Mereka berkali-kali cuba mencari maklumat mengenai ubat yang diberikan oleh klinik pesakit luar SingHealth kepada beliau.

Sumber : CNA/SU/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan