Skip to main content

Singapura

Data peribadi 1,355 anggota NUSS dicuri susuli pencerobohan laman

Maklumat peribadi 1,355 anggotan Persatuan Universiti Nasional Singapura (NUSS) terjejas berikutan satu pencerobohan ke atas lamannya pada bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Data peribadi 1,355 anggota NUSS dicuri susuli pencerobohan laman

Laman web Persatuan Universiti Nasional Singapura. (Petikan gambar: Laman NUSS)

Diterbitkan : 01 Nov 2021 11:44PM Dikemas Kini : 01 Nov 2021 11:50PM

SINGAPURA: Maklumat peribadi 1,355 anggotan Persatuan Universiti Nasional Singapura (NUSS) terjejas berikutan satu pencerobohan ke atas lamannya pada bulan lalu.

Data peribadi itu termasuk nombor kad pengenalan (NRIC) yang "sepadan dengan nama 1,355 anggota" yang menggunakan ciri borang online laman itu, menurut NUSS pada Isnin (1 Nov). Persatuan itu menambah setiap anggota yang terjejas sudahpun dimaklumkan.

"Pada 8 Oktober 2021, NUSS dimaklumkan ada satu pencerobohan ke atas laman NUSS, dilakukan oleh sebuah penyedia hos laman pihak ketiga," menurut persatuan itu bagi menjawab pertanyaan Mediacorp.

"Pangkalan data utama tidak terjejas. NUSS segera mendapatkan khidmat seorang penyiasat forensik IT untuk menjalankan siasatan ke atas perkara tersebut."

Pencerobohan itu dilaporkan kepada polis dan Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC), menurut NUSS. Persatuan itu menambah ia akan "terus bekerjasama dengan pihak berkuasa berhubung insiden itu".

NUSS menyatakan ia sedang menyiasat insiden tersebut buat masa ini.

"Sedang siasatan dijalankan, NUSS juga sudah menurunkan bahagian-bahagian relevan laman itu sehingga ia disemak semula dan sebarang masalah keselamatan diperbaiki oleh penyedia hos web kami," menurutnya

"NUS juga sedang menyemak semula secara aktif langkah keselamatan dan prosesnya." 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita