Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Data pelanggan bocor, Razer saman syarikat IT bayar ganti rugi hampir S$10 juta

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Syarikat pembuatan alat permainan Razer megemukakan saman terhadap sebuah vendor kerana melanggar keselamatan siber yang menyebabkan maklumat sulit pelanggan dan data penjualannya dibocorkan kepada masyarakat awam. 

Kebocoran data yang berlaku sepanjang tiga bulan dari Jun hingga Sep 2020, menarik perhatian ramai apabila seorang penyelidik keselamatan mendedahkan bahawa maklumat peribadi sekitar 10,000 pelanggan Razer mungkin terdedah. 

Razer menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya AS$7 juta (S$9.85 juta) daripada syarikat teknologi maklumat Perancis, Capgemini. 

Perbicaraan sivil terhadap kes tersebut bermula pada Rabu (13 Jul) di Mahkamah Tinggi. 

Razer yang diasaskan bersama oleh warga Singapura Tan Min-Liang, sebelum ini memberitahu Mediacorp bahawa tiada maklumat sensitif seperti nombor kad kredit atau kata kunci terdedah. 

Perincian pesanan serta maklumat pelanggan dan penghantaran mungkin terbocor, menurut syarikat tersebut. 

Razer dikenali bagi peralatan permainan yang bermutu tinggi seperti komputer riba dan papan kekunci. 

Razer mempunyai ibu pejabat di kedua-dua Singapura dan California, Amerika Syarikat. 

Menurut Razer, kes pelanggaran keselamatan siber itu dilaporkan secara meluas di media, menyebabkan "pelbagai kerugian" yang bernilai "sekurang-kurangnya AS$7 juta (S$9.84 juta)". 

Syarikat tersebut juga menuntut Capgemini diisytiharkan untuk membayar wang pampasan penuh bagi semua kerosakan, kerugian dan perbelanjaan yang mungkin ditanggung Razer disebabkan pelanggaran itu. 

Pada Rabu (13 Jul), Ketua Kakitangan  Razer Patricia Liu dipanggil sebagai saksi pertama pihak penuntut. Beliau juga merupakan pegawai perlindungan data syarikat itu apabila kebocoran data itu berlaku. 

Perbicaraan itu dijadual berterusan sepanjang minggu ini di hadapan Hakim Lee Seiu Kin. 

Pasukan peguam Razer terdiri daripada Encik Wendell Wong, Encik Andrew Chua dan Cik Olivia Tan dari Drew & Napier, manakala Capgemini pula diwakili Encik Lionel Tan, Cik Yap Pui Yee dan Encik Bryan Choo dari Rajah & Tann. 

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan