Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Data NRIC: Penyedia pengurusan bangunan, keselamatan bergelut dengan kos, masa ubah suai sistem

Kos bagi menukar sistem-sistem IT supaya ia berhenti mengumpul nombor kad pengenalan (NRIC) bagi pengesahan serta masa untuk berbuat demikian adalah antara cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh para penyedia khidmat keselamatan dan pengurusan bangunan, menurut pihak-pihak berkepentingan industri.

Anggaran Waktu Membaca:
Data NRIC: Penyedia pengurusan bangunan, keselamatan bergelut dengan kos, masa ubah suai sistem

Contoh salinan NRIC. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 04 Sep 2018 11:19AM Dikemas Kini : 04 Sep 2018 11:27AM

SINGAPURA: Kos bagi menukar sistem-sistem IT supaya ia berhenti mengumpul nombor kad pengenalan (NRIC) bagi pengesahan serta masa untuk berbuat demikian adalah antara cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh para penyedia khidmat keselamatan dan pengurusan bangunan, menurut pihak-pihak berkepentingan industri.

Mereka mengeluarkan respons tersebut selepas Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) mengumumkan bahawa pertubuhan-pertubuhan perlu menghentikan amalan mengumpul nombor NRIC mulai September 2019.

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, Persatuan Pengurus Hartanah dan Kemudahan (APFM) menyatakan bahawa ia "menyokong" garis panduan terbaru itu kerana langkah-langkah baru tersebut akan "menyediakan perlindungan tambahan, mengurangkan insiden pencurian identiti dan menenangkan fikiran para pemegang NRIC."

Jurucakap itu berkata meskipun ia tidak menjangkakan "sebarang cabaran utama", persatuan itu menarik perhatian bahawa untuk merekod sebahagian data NRIC, ia perlu mengubah suai sofwe dan memerlukan masa untuk memperkenalkan sistem-sistem baru.

"Sungguhpun demikian, para anggota kami gembira bahawa PDPC dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) akan menerbitkan garis panduan teknikal dan notis templat serta mengenal pasti huraian-huraian teknologi yang sudah diluluskan sebelum ini, yang boleh dilaksanakan," kata beliau.

Menyentuh mengenai keprihatinan yang ada, Presiden Persatuan Keselamatan Singapura, Raj Joshua Thomas, berkata agensi-agensi yang sudahpun melaksanakan sistem-sistem pengurusan pengunjung yang mengesan dan merekod nombor penuh NRIC di bangunan-bangunannya kini perlu mengubah sistem-sistem tersebut bagi merekod hanya tiga nombor terakhir dan huruf NRIC.

Encik Thomas menambah bahawa persatuan itu akan membantu para anggotanya untuk mengamalkan langkah-langkah baru menerusi Panduan Menyeluruh bagi Agensi-Agensi Keselamatan yang bakal diterbitkan pada September depan, serta khidmat-khidmat penasihatnya.

"SAS menyokong langkah ini," kata Encik Thomas. "Agensi-agensi keselamatan akan dipertanggungjawabkan jika ia mengumpul nombor NRIC serta data NRIC."

"Garis panduan ini akan membantu memperbaiki isu-isu ini dan penggunaan teknologi akan menyumbang besar kepada usaha ini, dan ia juga sejajar dengan rancangan perubahan industri keselamatan," tambah beliau. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan