Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Data jejak kontak pandemik TraceTogether dan SafeEntry dihapuskan

Anggaran Waktu Membaca:
Data jejak kontak  pandemik TraceTogether dan SafeEntry dihapuskan

(Gambar: Agensi Teknologi Pemerintah Singapura)

SINGAPURA: Hampir empat tahun sejak TraceTogether dan SafeEntry dilancarkan, pihak berkuasa sudah memadamkan semua data jejak kontak peribadi berkaitan COVID-19 yang diambil dari kedua-dua sistem tersebut.

Satu-satunya pengecualian adalah data TraceTogether berkaitan kes pembunuhan pada Mei 2020, yang akan disimpan oleh polis. Demikian menurut pengumuman kumpulan Smart Nation pada Isnin (5 Feb).

Sistem jejak kontak TraceTogether dan SafeEntry tidak diperlukan lagi.

Pemerintah menyatakan bahawa terdapat risiko rendah berlakunya penularan COVID-19 yang teruk untuk menggunakannya.

TraceTogether dan SafeEntry sudah dipadamkan dari kedai aplikasi rasmi telefon bimbit.

Infrastruktur rangkaian sokongannya juga sudah dipadamkan.

Token TraceTogether boleh dibuang di mana-mana tong sampah elektronik 3-dalam-1.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan