Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Data geospatial dapat bantu usaha tangani krisis kesihatan COVID-19

Dalam edisi Minggu Geospatial Singapura tahun ini, ahli panel dari sektor awam dan privet membincangkan bagaimana teknologi geospatial ataupun data berasaskan lokasi dapat membantu usaha memerangi COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Sep 2020 09:14PM Dikemas Kini : 09 Sep 2020 09:15PM

SINGAPURA: Dalam edisi Minggu Geospatial Singapura tahun ini, ahli panel dari sektor awam dan privet membincangkan bagaimana teknologi geospatial ataupun data berasaskan lokasi dapat membantu usaha memerangi COVID-19.

OneMap Singapore, misalnya, sudah dimuat turun lebih 200,000 pengguna.

Proses memuat turun itu naik secara mendadak semasa tempoh 'Circuit Breaker'.

Menerusi OneMap Singapore, para penduduk boleh mengenal pasti tempat-tempat untuk mengambil pelitup dan Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) yang terdekat serta keadaan kesesakan di sesebuah taman.

Perancangan sedang dilakukan untuk menguji satu versi 3D baru mengikut skala peta, di mana versi percubaannya akan dilancarkan minggu depan. 

Sumber : CNA/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan