Data ESG boleh dipercayai, piawai laporan diselaras bantu perniagaan dakap amalan mampan
Anggaran Waktu Membaca:

Dr Amy Khor di sesi Parlimen pada 1 Mac 2021.
SINGAPURA: Perniagaan-perniagaan memerlukan data ESG yang boleh dipercayai dan menyelaraskan piawai laporan untuk mendakapi kemampanan.
Para pemain utama industri berkata demikian di Kongres Persatuan Sisa Pepejal Antarabangsa Dunia yang diadakan di Singapura.
Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran, Dr Amy Khor, berkata pada Khamis (22 Sep) pemerintah boleh menimbangkan untuk membantu syarikat-syarikat mendapatkan data ESG yang betul bagi membuat keputusan perniagaan dan pelaburan yang lebih berhemah.
Di acara itu, Bank Pembangunan Asia juga menekankan bagaimana data membantu para pelabur menilai risiko.
Berhubung usaha menggalak syarikat menjadi lebih mesra alam, Dr Khor menyentuh tentang peri pentingnya dasar-dasar ekonomi dan memberikan isyarat harga yang betul tentang kos tinggi untuk amalan-amalan tidak mampan.
Dr Khor merujuk kepada cukai karbon dan geran bagi syarikat untuk melaksanakan amalan kemampanan.
"Jadi hakikatnya, ia mengenai penyelarasan takrifan, piawai laporan, sebagai contoh ESG kerana semua menggunakan rangka kerja berlainan dan anda tidak boleh membandingkan antara syarikat, apatah lagi negara.
"Namun, anda perlu melakukannya untuk membuat pelaburan yang betul, memberi keputusan kepada para pelabur dan pemiutang," jelas Dr Khor.

Sumber : CNA/RU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.