Skip to main content

Singapura

Data 120,000 individu termasuk 98,000 anggota SAF terjejas serangan perisian tebusan

Institut Sains Kesihatan HMI mendedahkan hari ini (21 Dis) bahawa server komputernya dicemari perisian tebusan ('ransomware') pada 4 Disember. Server yang terjejas mengandungi salinan tambahan data kepunyaan 120,000 individu termasuk sekitar 98,000 anggota SAF.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Dec 2019 09:26PM Dikemas Kini : 22 Dec 2019 03:01PM

SINGAPURA: Institut Sains Kesihatan HMI (Institut HMI) mendedahkan hari ini (21 Dis) bahawa server komputernya dicemari perisian tebusan ('ransomware') pada 4 Disember.

Server yang terjejas mengandungi salinan tambahan data kepunyaan 120,000 individu termasuk sekitar 98,000 anggota SAF yang menjalani latihan bersama institut tersebut.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Institut HMI mendedahkan antara maklumat yang terkandung dalam server itu termasuk nama penuh, nombor NRIC, tarikh lahir, alamat emel dan rumah.

Penyedia kidmat latihan itu bagaimanapun menyatakan server yang terjejas sudah segera diasingkan sebaik-baik sahaja perisian tebusan itu dikesan.

Institut HMI menyatakan, pihaknya sudah mendapatkan khidmat sebuah firma keselamatan siber untuk menjalankan siasatan dan tidak ada bukti yang menunjukkan data terjejas disalin atau dieksport.

Kemungkinan berlakunya kebocoran data juga rendah.

Pengarah Eksekutifnya Tee Soo Kong berkata pihaknya memandang serius atas kejadian itu dan memohon maaf.

Institut HMI sedang mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan lagi keselamatan sibernya. 

Sumber : CNA/RR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita