Dasar untuk penjaja perbaharui sewa gerai akan disemak bagi cegah bidaan terlalu tinggi
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Melody Chan)
SINGAPURA: Dasar memperbaharui sewa bagi tender penjaja yang berjaya akan disemak semula mulai November ini untuk mengelakkan bidaan tender yang terlalu tinggi, umum Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Isnin (4 Nov).
Penyesuaian pada sewa gerai yang dibida melalui tender akan dijalankan secara berperingkat sepanjang tempoh yang lebih lama dan bukan serta-merta pada kali pertama penjaja memperbaharui sewa, menurut NEA dalam kenyataan medianya.
Ia akan dikuatkuasakan daripada pelaksanaan tender gerai seterusnya pada November tahun ini, menurut Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran Dr Koh Poh Koon.
Penyesuaian itu hanya akan digunakan secara prospektif, ini bermakna penjaja sedia ada tidak terjejas.
Walaupun kebanyakan bidaan untuk gerai kosong tidak begitu jauh daripada harga sewa pasaran yang dinilai, "peratusan kecil" mungkin agak tinggi, terutamanya di pusat penjaja yang popular, kata Dr Koh, semasa mengumumkan semakan pada skim tersebut pada Isnin (4 Nov).
"Walaupun jumlah bidaan sedemikian sangat kecil, kami mahu mengelak bidaan setinggi itu menjadi kebiasaan pada masa akan datang."
Pembida mungkin akan membuat tawaran yang terlalu tinggi terlebih dahulu untuk mendapatkan gerai pilihan mereka, kerana mereka sedia maklum bahawa di bawah dasar sekarang, sewa tender mereka akan diselaraskan dengan sewa pasaran yang dinilai pada pembaharuan sewa seterusnya selepas tiga tahun, tambahnya.
"Tetapi ada juga yang melakukannya tanpa memahami sepenuhnya jenis kos perniagaan yang terlibat, menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk membayar sewa tinggi yang tidak dapat mereka tanggung dalam jangka panjang."
Sesetengah pembida mungkin membuat tawaran tinggi untuk mendapatkan gerai pilihan di lokasi pilihan mereka, tetapi "ini bukan perkara biasa", menurut NEA dalam kenyataan media yang berasingan.
Pada bulan Julai, seorang penjaja membuat bidaan lebih S$10,000 untuk menyewa sebuah gerai di Marine Parade. Cik Yang Ailan kemudian memberitahu Mediacorp bahawa gerai baharu itu - yang kedua di Pasar dan Pusat Penjaja Marine Parade Central - berbaloi berdasarkan bidaannya itu.
Bidaan S$10,158 oleh Cik Yang adalah bidaan tertinggi yang diterima setakat ini pada 2024, menurut NEA.
Pada 2023, bidaan tertinggi yang diterima ialah S$6,810 sebulan untuk gerai penjaja di Pusat Penjaja Newton.
Untuk membantu bakal pembida membuat keputusan yang lebih berhemah, NEA akan menyediakan lebih banyak maklumat dan anggaran kos perniagaan secara online mulai 2025 untuk membantu mereka membuat anggaran kos dan pendapatan yang lebih baik.
Buat masa ini, para pembida boleh mengakses maklumat mengenai lima tawaran tender tertinggi yang diterima untuk gerai itu dalam sesi bidaan yang lalu, serta keputusan tender terakhir daripada sesi bidaan yang lalu. Sumber-sumber mengenai tender untuk gerai penjaja, seperti risalah dan soalan-soalan lazim juga disediakan.
Sekitar 200 gerai disediakan untuk setiap tender.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.