Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dasar SG bertunjang kepada keluarga, kata Masagos Zulkifli

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Nov 2022 07:35PM Dikemas Kini : 10 Nov 2022 11:01PM

SINGAPURA: Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli berkata penggubalan dasar di Singapura tertumpu kepada keluarga kerana keluarga-keluarga merupakan asas membina masyarakat.

Beliau menambah, memberi fokus kepada keluarga juga membolehkan pelaksanaan dasar-dasar pemerintah yang pragmatik pada skala lebih luas dan bukan lebih tertumpu kepada individu.

Beliau berucap demikian pada hari terakhir Persidangan Keluarga Asia pada Khamis (11 Nov). 

"Jika kita menganggap individu sebagai unit asas, fokus kita akan kepada meningkatkan individu dan membantu mereka mencapai aspirasi mereka sahaja. Bagaimanapun jika kita menganggap keluarga sebagai bongkah pembangunan masyarakat, dasar-dasar kita akan berpusat di sekitar keluarga. Hinggakan walau kita mengupaya individu, kita melakukannya dalam konteks keluarga mereka," kata Encik Masagos. 

Seramai 400 orang menyertai persidangan itu yang menyaksikan penyertaan para penceramah seperti dari Maldives dan Thailand.

Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga Sun Xueling pula berucap tentang perspektif Singapura dalam memperkukuh keluarga menerusi kerjasama dengan masyarakat.

"Kompak sosial kita mestilah di mana pihak awam, privet dan sektor bersama-sama untuk mencipta semula dan melaksanakan secara bersama huraian-huraian yang boleh menyokong keluarga yang memerlukan bantuan. 

"Kami percaya bagaimana keluarga memupuk anggota yang menyokong dan menyumbang kepada masyarakat, masyarakat juga boleh membantu memperkukuh keluarga dan perkahwinan supaya memupuk individu yang berdaya tahan dan berdikari," ujar Cik Sun. 

Sumber : CNA/DY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan