Dasar pintu terbuka Masjid Darussalam bantu individu berubah menerusi Akademi Hijrah
Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Dasar pintu terbuka sebuah masjid berjaya menarik peserta yang sebelum ini teragak-agak untuk berubah ke arah hidup yang lebih baik.
Masjid Darussalam adalah satu-satunya masjid tempatan yang menggabung kelas asas agama dengan pendampingan bersifat peribadi menerusi Akademi Hijrah.
Pada bulan Ramadan ini misalnya, para peserta mengisi masa lapang dengan melakukan kerja-kerja amal.
"Saya ini pernah ada titik-titik hitam dalam hidup saya. Saya bekas banduan dan saya fikir, saya ini macam rakyat kelas kedua. Program ini telah mengatasi apa yang saya fikirkan bahawa masyarakat tidak boleh terima saya. Program ini sangat unik. Ia tidak mengajarkan teori saja, ia termasuk praktikal dan juga kerja-kerja amal," kata Encik Mohammad Kammal Sulaiman, 45 tahun.
Encik Kammal merupakan seorang peserta Akademi Hijrah yang sudah tamat menjalani 12 sesi selama enam minggu.
Akademi Hijrah dibangunkan sejurus sebelum pandemik bermula dan kebanyakan peserta berusia antara 25 dengan 40 tahun.
"Sebelum ini saya sibuk dengan urusan kerja. Asyik kerja lembur, dan saya tidak dapat meluangkan masa dengan keluarga sebab kerja jauh jadi makan masa dua jam dekat Boon Lay. Saya macam mana pun bersemangat. Nak sesuatu mesti kita kena bersemangat, jadi dari Boon Lay, patah balik Pasir Ris, datang masjid untuk belajar berhijrah kemudian berkongsi dengan keluarga, itu sudah satu anugerah besar bagi saya," kata Cik Roziah Khamis, 39 tahun.
Cik Roziah diberikan Anugerah Peserta Contoh oleh Akademi Hijrah pada tahun 2022 kerana kesungguhannya untuk berubah menjadi lebih baik, sama ada dari segi penampilan mahupun pemikiran.
Bermula dengan 25 peserta yang sudah tamat menjalani program, Akademi Hijrah menerima lagi 30 peserta untuk kemasukan terbarunya.
Hubungan mesra antara peserta dengan pembimbing memudahkan laluan untuk berubah menjadi individu lebih baik.
Ini terutama bagi mereka yang berasa janggal untuk menjejakkan kaki ke masjid.
"Kami cuba bantu supaya mereka tidak ada perasaan atau pun tanggapan yang demikian dengan Akademi Hijrah ini. Kita kena fikirkan daripada sudut cara, bahasa, pendekatan, bimbingan dan juga pendampingan. Itu yang membezakan di antara program Hijrah dengan yang lain-lain," kata pengurus Akademi Hijrah, Ustaz Harunarrashid Zainudin, 40 tahun.
Sentuhan peribadi dalam memberi bimbingan bukan sesuatu yang asing bagi Ustaz Harunarrashid yang juga pengurus Masjid Darussalam.
Beliau pernah mengendalikan program membuang tatu 'Mudik ke Hulu' di Masjid Tentera Diraja sebelum ini.
Dengan dasar pintu terbukanya, Masjid Darussalam menerima peserta pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu kelas dibuka untuk kumpulan pelajar seterusnya.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.