Skip to main content

Singapura

Dasar pekerja hijrahan lebih ketat akan pastikan S'pura dapat pikat bakat berkaliber & sumbang kepada ekonomi, kata Lawrence Wong

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dasar pekerja hijrahan lebih ketat yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 akan memastikan para pekerja yang dibawa masuk ke sini benar-benar berkebolehan, kata Menteri Kewangan Lawrence Wong pada Selasa (22 Feb).

"Langkah-langkah yang diperketatkan itu adalah bagi mengemas kini dan memperhalusi dasar tersebut," dedah Encik Wong semasa dialog pasca Belanjawan 2022 yang disiarkan di Saluran 5 dan CNA.

"Ia tidak bermakna kami akan menolak pekerja hijrahan ataupun karyawan asing. Ia bagi memastikan pekerja hijrahan dan karyawan asing yang masuk ke Singapura benar-benar adalah berkaliber dan berupaya menyumbang kepada bidang-bidang yang kita sangat memerlukan mereka," tegas Encik Wong.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan mengenai bagaimana pemerintah akan memastikan khidmat jagaan kesihatan
akan kekal dimampui dengan dasar-dasar yang lebih ketat ini mampu menangani keadaan penduduk yang semakin menua di sini.

Encik Wong mengumumkan dalam kenyataan Belanjawan 2022 pada Jumaat (18 Feb) bahawa gaji kelayakan minimum untuk pemohon Pas Pekerjaan (EP) dan Pas S akan dinaikkan sebanyak S$500 mulai September, manakala jumlah pemegang permit kerja dalam sektor binaan dan pemprosesan akan dikurangkan mulai 2024.

Encik Wong turut menekankan semalam bahawa Singapura mesti sentiasa bersikap terbuka sebagai sebuah masyarakat dan ekonomi.

Menurut Encik Wong, dasar pekerja hijrahan yang lebih ketat akan membantu saling melengkapi tenaga kerja hijrahan dengan tenaga pekerja tempatan.

Encik Wong turut menegaskan bahawa pengubahsuaian pada dasar pekerja hijrahan tidak akan menghalangnya daripada mendapatkan bakat dalam sektor teknologi dan beliau mungkin akan mengambil pekerja sedemikian di bawah pas pekerjaan.

Dalam pada itu, syarikat-syarikat harus memikirkan bagaimana mereka harus menyusun semula operasi masing-masing, kata Encik Wong sambil menekankan bahawa kos dan gaji adalah "dua perkara yang sama".
Encik Wong berkata ini bermakna pemerintah sekali lagi perlu mencari keseimbangan antara kos yang lebih tinggi dengan membayar gaji yang lebih tinggi kepada rakyat Singapura.

"Namun, fokus utama adalah memberi tumpuan kepada keupayaan tenaga kerja Singapura dan memastikan kita boleh menaikkan gaji, terus mencipta nilai, lebih berinovasi dan produktif," tambah beliau.

"Dan itulah caranya bagaimana kita boleh berjaya dalam ekonomi baru ini."

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita