Dasar mesti berubah ikut rentak perkembangan, kata Desmond Lee
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah menyatakan adalah penting untuk membincangkan bagaimana dasar-dasar perlu berkembang bagi menangani keperluan rakyat Singapura yang berubah.
Bercakap di sesi pendampingan awam pertama tentang perumahan, Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee berkata ini memandangkan perpaduan sosial berhubung perumahan tidak statik tetapi berkembang bagi memastikan ia kekal inklusif dan padu.
"Sedang keadaan kita berubah dan masyarakat kita berkembang, dasar-dasar kita juga mesti berubah agar sentiasa mengikut rentak perkembangan.
"Sebagai contoh, kita tetap berwaspada terhadap kuasa sosial dan ekonomi yang kukuh walaupun tidak dapat dilihat yang boleh mengubah landskap perumahan dari semasa ke semasa," kata Encik Lee.
Beliau juga memberi jaminan bahawa pemerintah akan memantau keadaan pasaran hartanah dengan teliti bagi memastikan ia stabil dan mampan.
Jaminan itu diberikan di tengah-tengah keprihatinan mengenai penangguhan dalam pembinaan flat-flat Bina Ikut Tempahan (BTO) tempoh menunggu dan harganya.
Sesi itu yang merupakan sebahagian daripada Gerakan Melakar Hala Tuju Singapura dihadiri oleh 180 orang dari pelbagai latar belakang.

Sumber : CNA/AI/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.