Darul Islah bawa keceriaan kepada warga emas sempena Tahun Baharu Cina
Anggaran Waktu Membaca:
![Darul Islah bawa keceriaan kepada warga emas sempena Tahun Baharu Cina Darul Islah bawa keceriaan kepada warga emas sempena Tahun Baharu Cina](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--xGuNylCb--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2024/02/08/whatsapp_image_2024-02-08_at_7.33.56_pm_2.jpeg?itok=hJQqUgTA)
(Gambar: Jamiyah)
SINGAPURA: Cik Chua Kim Chee, 76 tahun, hidup sebatang kara di flatnya di Jalan Bukit Merah.
Bekas pemandu teksi itu tidak pernah berumahtangga dan hidup terasing dari adik beradiknya.
Keadaan rumah yang didiami selama hampir 40 tahun pula dalam keadaan usang.
Namun, dengan bantuan para penghuni Darul Islah, Cik Chua dapat menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan lebih ceria selepas terpilih menjadi penerima bantuan di bawah 'Project Happiness' oleh Rumah Peralihan Jamiyah, Darul Islah.
Dengan bajet sebanyak S$3,500 hasil sokongan para penaja dan derma orang ramai, Jamiyah berjaya memenuhi kesemua perabot dan peralatan rumah yang ingin Cik Chua minta digantikan.

![](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--54dOSj0G--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2024/02/08/whatsapp_image_2024-02-08_at_7.33.56_pm_3.jpeg?itok=43uOhpWD)
Flat Cik Chua dicat semula dan beliau menerima peralatan dan perkakas baharu seperti kipas siling, pemanas air, dua buah katil bujang dengan tilam, set sofa dan set meja makan.
“Saya amat berterima kasih kepada Jamiyah kerana membantu saya menjadikan rumah lama saya kelihatan baharu semula. Saya sudah tinggal di sini selama 30 hingga 40 tahun, dan ia semakin usang. Sekarang, semuanya adalah segar dan baharu. Sekarang kawan-kawan saya boleh datang dan duduk dengan selesa di sofa baharu. Saya begitu gembira, terutamanya dengan Tahun Baru Cina yang akan datang,” kata Cik Chua.

![](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--TliKBcrK--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2024/02/08/whatsapp_image_2024-02-08_at_7.33.55_pm.jpeg?itok=0e16nLsq)
Semalam, warga emas itu menerima tetamu Tahun Baru Cina pertamanya petang tadi, iaitu Anggota Parlimen dan SMC Radin Mas Encik Melvin Yong pada Rabu (7 Feb)
"Penglibatan penghuni dan alumni Rumah Peralihan Jamiyah menawarkan mereka peluang unik untuk menyumbang kembali kepada masyarakat, memperkayakan kehidupan mereka dengan tujuan, dan membina semangat kemasyarakatan yang lebih kukuh, " kata Cik Roza Ahmad, Penganalisis, Perancangan dan Strategi Korporat, Jamiyah Singapura.
Ini adalah edisi kelima 'Project Happiness yang dimulakan sejak 2019 bagi membantu para penduduk kurang bernasib baik menyiapkan rumah mereka menjelang perayaan.

Sumber : BERITA Mediacorp//fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.