Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Darul Arqam sumbang dana S$30,000 untuk bantuan gempa Turki dan Syria

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), menerima suntikan derma sebanyak S$30,000 daripada Darul Arqam hari ini (21 Feb) untuk bantuan mangsa gempa di Turki dan Syria.

Ini menjadikan jumlah derma yang diterimanya sejak pungutan derma RLAF itu dilancarkan pada 10 Februari kepada sekitar S$1.3 juta.

Jumlah terkumpul itu adalah hasil usaha bersama pelbagai pertubuhan, masjid-masjid serta sumbangan individu.

Usaha mengumpul dana itu dilakukan dengan kerjasama Hayrat Yardim, sebuah pertubuhan bantuan kemanusiaan yang berpusat di Turki

Cek berjumlah S$30,000 itu diserahkan Presiden Darul Arqam Encik Adam Foo, diiringi oleh Pengurus Besar Darul Arqam Norsiah Saad kepada Ketua Pegawai Eksekutif RLAF, Encik Muhd Faizal Othman.

Encik Foo berkata bahawa sumbangan yang dihulurkan itu adalah daripada hasil kutipan Zakat di bawah asnaf Fisabililah tahun lalu.

"Dengan keadaan di sana, kami berharap masyarakat dapat membantu mereka. Kami berharap dana ini akan dapat membantu keadaan di sana sekarang dan memberi para mangsa harapan bahawa masih ada yang menyokong mereka," kata beliau.

Menurut Encik Faizal, dana itu akan digunakan untuk mendapatkan barangan keperluan seperti makanan, bekalan perubatan dan menyediakan tempat-tempat perlindungan.

Tambahnya, musim sejuk sekarang menjadikan keperluan-keperluan asas seperti khemah dan selimut mendesak.

Encik Faizal turut berkongsi dengan BERITAmediacorp bahawa ramai penduduk enggan berlindung dalam bangunan-bangunan kerana masih berasa takut dan dalam keadaan trauma.

Encik Faizal mengucapkan terima kasih kepada masyarakat kerana terus memberikan sokongan.

"Sikap para penderma di Singapura sangat luar biasa. Dalam masa satu hari kami telah dapat mengumpul sebanyak S$500,000 daripada orang ramai. Saya kira ini adalah satu wadah yang baik untuk mereka menunjukkan keihsanan mereka dan kami sangat-sangat terharu dengan terutamanya sekali sikap orang-orang Melayu/Islam. Banyak di antara derma yang kami kumpulkan datang daripada orang Melayu/Islam. Dalam masa yang singkat, kami dapat mengumpul dana dengan begitu banyak sekali," ujar Encik Faizal lagi.

Kempen derma untuk mangsa gempa di Turki dan Syria RLAF ini berakhir Jumaat ini (24 Feb).
Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan