Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Darul Arqam sumbang dana S$50,000 bagi bantuan kemanusiaan Gaza

Darul Arqam Singapura pada Jumaat (28 Mei) menyumbang dana S$50,000 kepada kempen derma bagi bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza yang dikendalikan oleh Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF).

Anggaran Waktu Membaca:
Darul Arqam sumbang dana S$50,000 bagi bantuan kemanusiaan Gaza

(Gambar: Facebook/Darul Arqam)

SINGAPURA: Darul Arqam Singapura pada Jumaat (28 Mei) menyumbang dana S$50,000 kepada kempen derma bagi bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza yang dikendalikan oleh Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF).

Cek sumbangan S$50,000 itu diserahkan oleh Presiden Darul Arqam Muhammad Imran Kuna, diiringi oleh Timbalan Pengurus Besar Darul Arqam Norsiah Saad kepada wakil RLAF di ibu pejabatnya di Masjid Yusof Ishak.

Dalam kenyataannya pada 27 Mei, Darul Arqam meluahkan harapan bahawa sumbangan dana itu akan membantu mempercepatkan bantuan kemanusiaan yang disalurkan kepada para penduduk Gaza.

RLAF bekerjasama dengan Agensi Bantuan dan Perkhidmatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) untuk Palestin bagi menghulurkan bantuan dalam bentuk khidmat kesihatan, sosial dan bantuan bagi seluruh masyarakat yang terjejas oleh perkembangan di Gaza baru-baru ini.

Di bawah program bantuan kemanusiaan kendalian Darul Arqam selama beberapa dekad, pertubuhan itu telah menyalurkan sumbangan kepada beberapa persatuan seperti Mercy Relief, RLAF dan Palang Merah Singapura untuk membantu pelbagai negara terjejas oleh bencana alam menerusi usaha dan bantuan kemanusiaan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan