Darul Arqam SG tidak ada kaitan dengan GISBH, Al-Arqam
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Google Maps)
SINGAPURA: Darul Arqam Singapura menolak sekeras-kerasnya sebarang dakwaan bahawa ia ada kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH), iaitu gerakan berkait ajaran sesat Al-Arqam, mahupun dengan mana-mana kegiatannya yang sekarang atau yang terdahulu.
Demikian menurut Darul Arqam menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada Sabtu (5 Okt).
Kenyataan itu dibuat menyusuli beberapa catatan media sosial oleh pencipta kandungan Malaysia dan Singapura, yang secara salah mengaitkan gerakan Al-Arqam yang berasal dari Malaysia itu dengan Darul Arqam Singapura.
Persatuan itu menambah, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan tidak menerima sama sekali sebarang kenyataan atau dakwaan atau andaian yang mengaitkan Darul Arqam dengan GISBH.
"Darul Arqam mesti menekankan pendirian bahawa kami memandang sangat serius reputasi dan integriti kami kerana kami sangat menjunjung tinggi peraturan dan tatacara persatuan ini.
"Kami berikrar untuk mempamerkan sifat tolak ansur yang tertinggi dan kesetiaan yang teguh kepada perpaduan antara agama dan kaum di Singapura yang berbilang aspek dan budaya untuk hidup bersama dengan penuh harmoni," menurut kenyataan itu.
Darul Arqam turut menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan wajar, baik dari segi undang-undang atau selain itu terhadap mana-mana individu atau entiti yang cuba membabitkannya dengan perkara ini.
Pertubuhan itu diberi nama 'Darul Arqam' pada 1980 oleh mantan Mufti Singapura, Ustaz Syed Isa Semait, selepas ia ditubuhkan pada 1979.
Nama 'Darul Arqam' itu sebagai penghargaan kepada Aboo Abdullah Arqam bin Abi al-Arqam, iaitu seorang sahabat Nabi Muhammad SAW, yang dengan baik hati membuka pintu rumahnya untuk menyebarkan ajaran Islam kepada mereka yang baru memeluk Islam.
Darul Arqam, yang terletak di 32 Onan Rd, berdedikasi menyediakan peluang-peluang pendidikan yang mencerminkan prinsip Islam menerusi kuliah, kursus, khidmat-khidmat penting dan bantuan kepada yang memerlukan.
Semua ini demi menggalak mereka ke arah lebih baik, sekali gus memperkukuh fabrik sosial masyarakat.
Menurut Darul Arqam lagi, ia juga secara proaktif memupuk pemahaman tentang Islam, dengan memberikan perspektif seimbang mengenai agama dalam kalangan semua individu, tidak kira kaum, bahasa atau agama.

Sumber : Bernama/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.