Dari pensyarah memasak ITE, kini wanita Muslim ini pemilik bersama 'Charrbo' dengan konsep makanan barat
Anggaran Waktu Membaca:
_0.jpg?itok=t2SanpAa)
(Gambar: Aik Chen)
SINGAPURA: Bertekad untuk membuktikan kemahiran mereka memasak, bekas pensyarah Seni Memasak Kolej Barat ITE Jessica Tan, 34 tahun, dan Norhaidah Ramlee, atau lebih mesra dengan panggilan Aidah, 35 tahun, meninggalkan kerjaya sebagai tenaga pengajar selepas lapan tahun untuk membuka gerai penjaja masakan Western bernama Charrbo di sebuah kopitiam di Yishun Februari lalu.
Nama gerainya pula mengambil ilham daripada istilah Hokkien 'char bor', yang bermakna wanita - sesuai buat gerai yang dikendali dua wanita ini.
"Kami sedang memikirkan nama berkaitan arang (charcoal) memandangkan kami menawarkan makanan 'western' yang dimasak arang. Saya fikirkan 'cha bor' tetapi simpankan idea itu kerana tidak pasti hendak menggunakan nama Hokkien buat kedai yang dimiliki Muslim," kata Jessica.
"Kemudian, satu hari Aidah berkata 'kenapa tidak namakannya char bor?' Lucu sekali!"

Meskipun Jessica prihatin tentang penggunaan nama tersebut, Aidah berpendapat bahawa tiada masalah dengan nama yang diilhamkan istilah Hokkien itu, kerana tujuan mereka adalah untuk menghasilkan jenama yang inklusif.
"Kami akan menjemput bekas pelajar untuk memberi ceramah dan kongsi kisah kejayaan mereka dengan pelajar. Selepas perkongsian mereka, saya mula berfikir - adakah saya juga berjaya dalam cara saya sendiri? Saya ada keluarga, tetapi ada sesuatu yang saya masih belum capai... impian saya," kata Jessica kepada 8days.

DARI TUKANG MASAK RESTORAN KEPADA PENSYARAH
Jessica dan Aidah juga berpengalaman. Kedua-dua wanita ini tamat pengajian merka dengan Diploma Teknikal dalam Seni Memasak daripada Institut Pendidikan Teknikal (ITE) pada 2013.
Pada awalnya, mereka merancang untuk memulakan kerjaya dalam bidang restoran sebagai tukang masak di pertubuhan-pertubuhan terkenal.
Namun, waktu bekerja yang panjang akhirnya membebankan diri mereka.
Menurut Jessica, komen yang dibuat oleh ibunya memberinya kesedaran: "Dia berkata kalau apa-apa terjadi (di rumah), saya tidak akan menelefon kamu kerana kamu tidak menjawab telefon."
"Apa gunanya bekerja berjam-jam lamanya kalau saya tidak dapat menyumbang untuk menjaga ibu saya? Mungkin inilah waktunya untuk mengambil kerja lain yang membolehkan saya meluangkan lebih banyak masa dengannya."
Aidah turut mengalami dilema yang sama, lapor 8days.
"Bapa saya meninggal dunia pada 2011 dan saya berasa seperti saya perlu lebih hadir buat ibu saya. Adik-beradik saya yang lebih dewasa sudah berkahwin, dan saya yang paling tua yang masih tinggal dengannya di rumah. Saya membuat keputusan untuk meninggalkan (industri restoran) dan mencari kerja dengan waktu pejabat yang biasa."
Tanpa diketahui oleh satu sama lain, mereka berdua memohon untuk menjadi pensyarah di alma mater mereka, ITE Kolej Barat pada 2015. "Kami hanya dapat tahu apabila terserempak satu sama lain di sekolah," kata Aidah.

"TIBA MASA UNTUK MENGEJAR IMPIAN KAMI"
Selama lapan tahun mengajar, kedua-dua wanita itu mula membina keluarga masing-masing. Dengan anak-anak yang sudah memasuki sekolah rendah, mereka percaya bahawa inilah masanya untuk mencapai impian untuk memulakan perniagaan.
"Walaupun saya suka kestabilan dan waktu (tetap) ketika mengajar, saya sentiasa ada keinginan di dalam diri saya. Saya berbincang dengan Aidah dan dia pun rasakan yang sama. Sudah tiba masanya untuk mengejar impian kami," kongsi Jessica kepada 8days.

KERJASAMA DENGAN GERAI BURGER ASHES BURNNIT
Dengan duit simpanan yang terhad, mereka membuat keputusan bahawa gerai penjaja adalah pilihan yang paling praktikal.
Dalam pencarian bagi pelabur atau rakan kongsi yang ketiga, Jessica dan Aidah teringat akan bekas rakan sekolah, pengasas rangkaian burger popular Ashes Burnnit, Lee Syafiq Muhd Ridzuan Lee.
Pengasas berusia 32 tahun itu antara alumni ITE yang mendorong mereka untuk membuka gerai makanan sendiri ketika memberi ceramah di alma mater mereka.

Pada Februari lalu, ketiga-tiga rakan ini melancarkan Charrbo di sebuah pusat penjaja kecil di sebuah estet perumahan di Yishun.
Gerai itu memaparkan penjenamaan monokrom yang kemas, serupa dengan gaya Ashes Burnnit. Sebuah logo kecil Ashes Burnnit turut tertera di papan nama Charrbo, mewujudkan hubungannya antara mereka. Kedua-duanya turut berkongsi konsep masakan arang di mana Charrbo menawarkan masakan 'Western' yang dimasak arang manakala Ashes Burnnit pula dikenali dengan roti arang berwarna hitam.
Walaupun melabur sekitar S$50,000 ke dalam perniagaan dan merupakan pengendali logistik dan pemasaran, Syafiq menegaskan bahawa Jessica dan Aidah adalah tenaga utama Charrbo. Kedua-dua wanita ini mengambil giliran untuk mengurus dan memasak di gerai itu setiap hari bersama kakitangan mereka.

Sumber : 8 Days/AT/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.