Dari NCMP jadi pemimpin parti: Kerjaya politik anggota kanan WP Leon Perera
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: TODAY/Raj Nadarajan)
SINGAPURA: Politik Singapura digegar satu lagi skandal baharu dengan peletakan jawatan anggota kanan Parti Pekerja (WP) Leon Perera sebagai Anggota Parlimen (AP) pada Rabu (19 Jul). Ia sekali gus menandakan berakhirnya kerjaya beliau dalam bidang politik yang bermula pada 2015.
Encik Perera, 53 tahun, meletak jawatan dari WP, selepas menjalin hubungan sulit dengan anggota parti Nicole Seah.
Berikut adalah perjalanan kerjaya politik Encik Perera sejak beberapa tahun lalu:
DARI NCMP KE PUCUK PIMPINAN PARTI
Encik Perera membuat penampilan pertama dalam arena politik sebagai calon WP bagi GRC East Coast di samping Encik Gerald Giam, Profesor Madya Daniel Goh dan Encik Mohamed Fairoz Shariff semasa Pilihan Raya Umum 2015.
Ketika itu, Encik Perera berkata para pengundi tidak seharusnya melihat diri mereka "hanya sebagai pengguna gembira" bagi khidmat-khidmat negara.
"Kita adalah rakyat negara ini. Kita boleh dan harus mengambil tahu tentang sistem politik dan sosial negara kita serta cuba mengubahnya bagi mencerminkan apa yang kita inginkan bagi negara ini," kata beliau semasa sesi pengenalan di sidang media WP.
Pasukan itu kecundang di tangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) selepas meraih sekitar 39 peratus undi. Namun demikian, keputusan itu melayakkan beliau sebagai Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) disebabkan kekalahan tipis.
Beliau berkhidmat sebagai NCMP sehingga pilihan raya selanjutnya diadakan pada 2020.
Pada Pilihan Raya 2020, beliau menyertai pasukan GRC Aljunied yang dipimpin ketua parti Pritam Singh, yang menang 59.93 peratus undian.
Pasukan WP itu terdiri daripada Encik Singh, Cik Sylvia Lim dan Encik Muhammad Faisal Abdul Manap, dengan Encik Perera dan Encik Giam sebagai anggota tambahan bagi menggantikan Encik Chen Show Mao dan Encik Low Thia Khiang.
Beliau juga menyumbang kepada kerja-kerja penyelidikan dasar parti itu, menurut profil terbaharu yang dimuat naik ke laman Parlimen.
Prestasinya semasa pilihan raya umum juga mencerminkan kedudukannya yang kian kukuh dalam parti pembangkang itu.
Beliau menerajui Sayap Belia parti itu sebelum peranan itu diambil alih anggota parti Nicole Seah pada 2021.
Encik Perera menyertai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) WP, pada 2020.
Peranan terakhirnya dalam CEC adalah sebagai ketua pasukan media WP, selepas mengambil alih tugas itu daripada Prof Madya Goh yang melepaskan jawatan atas sebab-sebab kesihatan. Encik Perera juga naib pengerusi Majlis Bandaran Aljunied-Hougang.
AKTIVIS, RELAWAN, PERKHIDMATAN AWAM
Sebelum memasuki arena politik, Encik Perera berkhidmat di Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dengan memegang pelbagai jawatan, termasuk penolong ketua Divisyen Kemajuan Perusahaan.
Beliau kemudian menyertai syarikat rundingan dalam sektor swasta sebelum mengasas bersama syarikatnya sendiri, Kumpulan Penyelidikan dan Rundingan Spire atau 'Spire Research and Consulting Group' pada 2000.
Encik Perera adalah anggota Persatuan Ekonomi Singapura, Institut Pengarah Singapura dan Persatuan EDB, menurut profil terkini yang dimuat naik ke laman Parlimen.
Di luar kerjaya profesional beliau dan sebelum menyertai bidang politik, Encik Perera sudah berkhidmat dalam perlbagai pertubuhan bukan pemerintah sebagai sukarelawan, termasuk sebagai di pusat khidmat keluarga selama 10 tahun.
Beliau adalah anggota dan relawan pertubuhan hak asasi manusia tempatan Maruah, dan pernah menjadi naib presiden lembaga pengarah Pertubuhan Kemanusiaan bagi Ekonomi Penghijrahan.
Encik Perera adalah lulusan Universiti Oxford dengan dua ijazah kelas pertama.
Beliau sudah berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Sumber : Today/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.